Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Filem MagiK Selami Kisah Remaja Pekak, Dekati Golongan Masalah Pendengaran

Syarikat produksi filem 42nd Pictures menghasilkan filem MagiK yang menyasarkan golongan orang kurang upaya (OKU) sepanjang dua bulan berturut-turut.

Menurut laporan Malaysiakini, salah seorang pemilik syarikat produksi itu, Bae Tanaka berkata, pihaknya mahu memberikan kelainan kepada masyarakat luar bandar terutama golongan orang kurang upaya (OKU) yang mempunyai masalah pendengaran.

Bae berkata, MagiK akan ditayangkan di beberapa lokasi terpilih bermula pada 16 September ini sebelum masuk panggung wayang.

“Versi yang akan ditayangkan untuk tayangan khas ini ialah versi yang mempunyai close caption bagi memudahkan komuniti bermasalah pendengaran,” katanya.

Isteri kepada pengarah Yasu Tanaka dari Jepun itu juga berkata, pihak mereka telah bekerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Perak untuk mendapatkan penglibatan daripada golongan bermasalah pendengaran untuk tayangan khas itu.

Selain daripada kerjasama tersebut, Bae juga menjemput sekolah pendidikan khas di sekitar Ipoh dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Tanaka, penganjuran tayangan khas untuk golongan OKU ini terhasil apabila dua idea digabungkan yang mana hubungan Bae kepada komuniti pekak dan cintanya kepada alam semula jadi.

Sebelum ini, Bae merupakan guru pendidikan khas untuk golongan bermasalah pendengaran selama 15 tahun dan walaupun tidak lagi mengajar, dia masih akrab dengan golongan tersebut.

Pada tahun 2017, Tanaka telah didedahkan kepada tayangan wayang pacak untuk filem pertama arahannya, Nota yang menampilkan Maya Karin hasil kerjasama bersama Komuniti Filem Titiwangsa (KOMFIT).

Oleh kerana itu, Tanaka dan isterinya merancang untuk tayangan khas tersebut ditayangkan di Terengganu dengan konsep wayang pacak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tayangan khas MagiK akan dijalankan di tujuh lokasi terpilih di seluruh Malaysia yang bermula di Warung Adri, Kuantan pada 16 September dan berakhir di Embrace Hall, Johor Bahru pada 20 Oktober ini.

Tanaka jelas teruja dengan tayangan khas yang berkonsepkan wayang pacak ini kerana dia boleh berinteraksi secara langsung dengan para penonton.

Filem MagiK mengisahkan seorang gadis pekak yang dapat berkomunikasi dengan kelip-kelip disamping membawa mesej untuk penonton lebih menyelami kelebihan dan keistimewaan golongan bermasalah pendengaran.

Sumber: MalaysiaKini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd