Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

FENIX360 Tampilkan Artis Popular Sempena Pelancaran Di Malaysia

FENIX360, platform media sosial pertama di dunia yang berpusat kepada artis bakal mempersembahkan FENIX360 Live! di Malaysia pada 21 Januari ini bertempat di Jiospace, Petaling Jaya.

FENIX360 Live! di Malaysia ini dianjurkan sempena dengan pelancaran platform tersebut selain mempromosikan bakat tempatan dan antarabangsa.

Pelancaran FENIX360

Aplikasi ini direka khas bagi memperkasakan artis serta memberikan peluang terbaik untuk meningkatkan pendapatan hasil usaha kreatif mereka.

FENIX360 berbeza daripada platform media sosial lain kerana ia menetapkan standard baru dalam bidang seni serta industri kreatif.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Perodua Bakal Keluarkan EV Mampu Milik Hujung Tahun Depan

Ketua Pegawai Eksekutif FENIX360, Allan Klepfisz berkata ia bukan sekadar aplikasi namun satu gerakan untuk mengubah landskap artistik.

“Ia juga mengalihkan fokus dari platform kepada artis, mencipta persekitaran holistik bagi artis untuk mempamer dan mengkomersialkan hasil kerja mereka,” kata Allan dalam satu kenyataan.

Pelancaran FENIX360 tampilkan artis popular

Pelancaran FENIX360

Antara artis popular yang bakal tampil pada acara pelancaran itu adalah Insomniacks, MASDO, Noh Salleh, MYO (Jemson), Leaism, The Frankie Sixes dan DJ Jemput Dengar.

Acara tersebut akan bermula pada 4.30 petang hingga 10.30 malam dan kemasukan adalah berdasarkan ‘siapa cepat dia dapat’, terhad untuk 2,000 orang sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Syarat kemasukan adalah anda perlu memuat turun aplikasi FENIX360 di Google Play Store atau Apple Store dan daftar sebagai pengguna tanpa bayaran atau langganan.

Tunggu apa lagi? Muat turun aplikasi FENIX360 sekarang dan jangan terlepas untuk sertai pelancaran platform ini bersama artis pujaan anda!

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Sukan

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dilaporkan memulakan siasatan awal terhadap Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) serta presidennya, Claudio Tapia...

Nasional

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Taufan (Bavi) selepas ribut tropika berkenaan dikesan pada jam 8 pagi, kira-kira 1,151 kilometer (km) ke...

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd