Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Farid Kamil Berminat Untuk Bantu KDA FC

Pelakon terkenal, Farid Kamil mengesahkan minatnya untuk membantu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam usaha mengembalikan reputasi pasukan tersebut dalam arena bola sepak Malaysia.

Foto: Kosmo! Online

Menurut laporan Kosmo! Online, dia menekankan bahawa pada masa ini, dia masih berada dalam fasa perkenalan dan enggan bertindak tergesa-gesa sebelum mewujudkan sebarang perjanjian dengan pasukan tersebut.

“Betul, fasa perkenalan di mana saya mula pakai jersi Kedah dan kembali ke stadium setelah enam tahun. Saya tidak boleh berkata banyak tentang itu (mengenai pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif atau pemegang saham terbesar KDA FC).
“Saya bercita-cita untuk jadi ‘kitman’ dulu sebelum saya memahami organisasi atasan. Buat masa sekarang itulah yang dilakukan (guna jenama Farid Kamil untuk tarik penaja) sebab saya bukannya orang senang tetapi saya tidak boleh tengok orang susah.
“Apabila pasukan dalam kesusahan secara tidak langsung saya terasa. Nak latih, nak beritahu cara bermain bukan kepakaran saya. Macam saya katakan, saya akan cuba lakukan apa saja untuk bantu pasukan kekalkan prestasi juara,” katanya.

Foto: Facebook Kedah Darul Aman FC

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, gambar tular yang menunjukkan Farid bersama pemilik KDA FC, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar, telah menimbulkan pelbagai spekulasi tentang kemungkinan  pelakon itu akan tampil menyelamatkan pasukan itu.

Beliau mengakui belum mengenali keseluruhan pemain pasukan pada masa kini.

Farid menyatakan hasratnya untuk menyokong Kedah agar dapat memberikan saingan yang lebih kompetitif dalam musim akan datang.

Sumber: Kosmo! Online (Mohd. Fitrie Muhamad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd