Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Facebook & Instagram Mula Caj Langganan RM50 Sebulan Mulai November Ini

Facebook Instagram caj

Facebook dan Instagram dilaporkan bakal mengenakan perkhidmatan caj langganan kepada pengguna di kebanyakan negara Eropah mulai November, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Facebook, Instagram kena caj langganan

Menurut laporan, caj langganan di Facebook dan Instagram diperkenalkan bagi menyekat iklan daripada muncul di platform berkenaan.

Oleh itu, pengguna yang mempunyai platform dimiliki syarikat Meta perlu membayar sebanyak €9.99 iaitu RM50.43 pada setiap bulan sekiranya mereka mahu menikmati tanpa iklan.

Facebook Instagram caj

Artikel lain: Pengguna Baru X Akan Dikenakan Caj Untuk Ciri Asas

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Beli Di Facebook, Isteri Maut & Suami Masuk ICU Selepas Makan Ikan Buntal

Difahamkan, caj langganan tersebut diperkenalkan untuk pengguna di Kesatuan Eropah (EU), Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) serta Switzerland bermula November ini.

Meta berkata, caj tersebut dikenakan bagi mengatasi kebimbangan yang disuarakan EU sebelum ini dan bukan mahu mengaut keuntungan.

“Pilihan untuk membeli langganan tanpa iklan mengimbangi keperluan pengawal selia Eropah sambil memberi pilihan kepada pengguna serta membenarkan Meta untuk terus berkhidmat kepada semua pihak di EU, EEA dan Switzerland,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, pengguna diberi pilihan sama ada mereka mahu menggunakan platform tersebut secara percuma di mana data mereka dikumpul atau pun tidak.

Jika mereka mahu menggunakan platform tersebut dengan ‘aman’, mereka perlu membayar bagi mengelak daripada iklan yang disasarkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tambahnya, sebanyak €3 (RM15) sebulan akan dikenakan jika mereka mengakses media sosial dengan menggunakan peranti iOS atau Android.

Caj langganan tersebut dibuat selepas mengambil kira yuran tambahan yang diambil oleh platform tersebut.

Sumber: BBC 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sukan

Dunia bola sepak dikejutkan dengan pemergian tragik bintang Liverpool, Diogo Jota, yang maut dalam kemalangan kereta di utara Sepanyol pada usia 28 tahun dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd