Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Pengguna Baru X Akan Dikenakan Caj Untuk Ciri Asas

Aplikasi media sosial X yang dulu dikenali sebagai Twitter sebelum ini memaklumkan sudah mula mengenakan bayaran kepada pengguna baharu di New Zealand dan Filipina untuk menggunakan ciri asas seperti menghantar mesej bermula Selasa.

Usaha kurangkan spam & aktiviti bot

Memetik laporan dari Fortune, X yang kini dimiliki oleh jutawan, Elon Musk sejak tahun lepas dalam satu kenyataannya memaklumkan yang kaedah langganan baharu tersebut ‘mendorong’ usaha sedia ada untuk mengurangkan spam dan ‘manipulasi platform dan aktiviti bot kami’.

Percubaan terhadap pengguna bru X di Filipina & New Zealand

Melalui percubaan itu, pengguna baharu di Filipina dan New Zealand perlu membayar X, AS$0.75 iaitu kira-kira RM3.56 dan AS$0.85 (kira-kira RM4.03) setiap tahun bagi membolehkan mereka mengakses fungsi asas seperti membuat posting di media sosial.

Mereka yang enggan membayar yuran terbabit pula hanya akan mempunyai akses kepada versi ‘baca sahaja’ platform iaitu mengehadkan mereka kepada membaca hantaran, menonton video dan mengikuti akaun sahaja.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini akan menilai langkah yang berpotensi berkuasa untuk membantu kami memerangi bot dan spammer pada X, sambil mengimbangi kebolehcapaian platform dengan jumlah bayaran yang kecil,” ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, pengguna sedia ada di negara berkenaan tidak terjejas.

Sebelum ini, Musk telah membuat beberapa perubahan kontroversi terhadap pengurusan dan produk firma media sosial itu sejak dia memperoleh Twitter tahun lalu dengan harga AS$44 bilion sekitar RM208.9 bilion.

Baru-baru ini, dia juga sudah mencetuskan idea mengenakan bayaran nominal kepada semua pengguna untuk menggunakan laman sosial berkenaan dalam usaha menangani akaun palsu, sekali gus mengundang kritikan daripada pengguna di seluruh dunia.

Sumber: Fortune

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Sebuah kereta mewah Nissan GT-R disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati dipandu dengan lesen tamat tempoh dan tanpa insurans di susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd