Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Beli Di Facebook, Isteri Maut & Suami Masuk ICU Selepas Makan Ikan Buntal

Malang tidak berbau, seorang wanita disahkan meninggal dunia manakala suaminya dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) kerana dipercayai makan hidangan ikan buntal.

Menurut laporan Berita Harian, pasangan tersebut membeli ikan buntal tersebut menerusi laman Facebook dari pembekal di Batu Pahat yang difahamkan mendapatkan bekalan daripada nelayan Endau.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon, wanita tersebut mengalami sesak nafas dan mengigil pada jam 5 petang, Jumaat lalu dan disahkan meninggal dunia selepas dua jam menikmati hidangan ikan buntal.

“Kerajaan Johor dan Jabatan Kesihatan Negeri mengambil maklum satu pelaporan keracunan makanan yang menyebabkan satu kematian di daerah Kluang.
“Ia membabitkan sepasang suami isteri yang tinggal di Jalan Sin Tiam Chamek, Kluang yang mendapatkan bekalan ikan buntal dari penjual secara pra tempahan melalui aplikasi Facebook.
“Bekalan diterima pada pagi 25 Mac lalu, dibersihkan dan digoreng untuk dibuat makan tengah hari bersama sayur dan daging babi.
“Kedua-dua pasangan itu dibawa oleh anak mereka yang tinggal berasingan ke Jabatan Kecemasan HEBHK pada jam 5 petang,” katanya.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan juga, ia merupakan pertama kali pasangan tersebut makan ikan buntal dan pelanggan empat lain yang turut menempah tidak sempat menjamah ikan tersebut.

Sekadar info, ikan buntal iaitu sejenis ikan yang juga disebut ‘ikan fugu’ tergolong dalam satu daripada jenis racun semulajadi yang paling bahaya dan mematikan di dunia.

Malah, racun yang dikenali sebagai Tetrodotoksin yang terdapat di dalam ikan buntal merupakan racun yang boleh bertindak balas dengan menyerang sistem saraf dan sangat mematikan.

Sumber: Berita Harian (Mohamad Fahd Rahmat)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) nafi dakwaan syarikat itu telah eksploitasi kanak-kanak sebagai pekerja. Menerusi satu kenyataan di Facebook, GISBH menegaskan pihaknya...

Lokal

Dua lelaki penarik kereta ditemui meninggal dunia dalam sebuah kenderaan dekat Jalan Persiaran 9, Taman Ampang pada Selasa. Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis...

Bisnes

Tesla Malaysia (Tesla) mengumumkan telah buka pusat servis terbaharu di Pulau Pinang bagi menampung jumlah pelanggan yang semakin meningkat di wilayah utara Malaysia. Memetik...

Lokal

Naib Presiden DAP, Teresa Kok mengemukakan surat tuntutan (LOD) terhadap Datuk Dr. Muhammad Akmal Saleh dengan menuntut Ketua Pemuda UMNO itu membayar ganti rugi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd