Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Exco Wanita PKR Minta Henti Sebar Video Perbualan Aib Dua Individu

Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta orang ramai menghentikan penyebaran rakaman memaparkan panggilan video antara dua individu yang ‘mengaibkan’ di media sosial.

Ketua Biro Pembangunan Komuniti Wanita, Rozy Razit berkata, dia percaya bahawa penularan video itu dilakukan oleh pihak tertentu bermotifkan politik yang bertujuan mendatangkan ketidaksenangan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Hari ini kita telah dikejutkan dengan tersebarnya video rakaman “video call” diantara 2 individu yang sangat mengaibkan.
“Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan bahawa beberapa tahun lalu juga pernah tersebar video yang kononnya membabitkan pemimpin tertentu yang kemudiannya didiamkan begitu sahaja sehingga kini,” katanya.

Rozy berkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi sebuah hantaran di laman Facebook miliknya, awal pagi Jumaat.

https://www.facebook.com/rozy.razit/posts/pfbid0dVdygjcsWMx84ENerix2msBCeRpPfLrPM5wUtb8RsaAoPLLRDP71WTMbg8MXFECUl

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, dia mengakui kesal dengan penyebaran video berdurasi tiga minit tiga saat itu selain menyerahkan kepada pihak berkuasa bagi melakukan siasatan selanjutnya.

“Saya menyeru kepada semua pihak untuk memberhentikan penyebaran video seumpama ini dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakkan,” ujarnya.

Sejak semalam, tular video perbualan tidak senonoh seorang lelaki yang mirip dengan bekas ketua pengarah di sebuah jabatan kerajaan sehingga mengundang perhatian netizen.

Sumber: Facebook Rozy Razit

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd