Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Lelaki Rohingya Tak Mengaku Rogol Remaja Perempuan 15 Tahun Bergilir-Gilir

Dua lelaki Rohingya yang disyaki melakukan jenayah seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun pada minggu lalu telah didakwa dalam prosiding berasingan di Mahkamah Sesyen dan Majistret Ayer Keroh.

2 lelaki Rohingya rogol remaja perempuan 15 tahun

Seorang pemuda berusia 27 tahun dan remaja lelaki, 14 tahun dipercayai telah merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap pelajar tingkatan di dalam kereta.

Memetik laporan dari Harian Metro, tertuduh, Mohamad Osman Boshor, 27, dan pelajar sekolah swasta berusia 14 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan terhadap pertuduhan masing-masing di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail dan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Kredit foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seorang sudah berkahwin dan punyai anak

Difahamkan, Mohamad Osman didakwa telah merogol serta melakukan serangan seksual terhadap perempuan berusia 15 tahun tujuh bulan tanpa kerelaannya di dalam sebuah kereta jenis Proton Preve  di kawasan lapang Pantai Klebang.

Dia yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak didakwa mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dihukum penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat.

Manakala untuk pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 30 tahun dan sebat.

Kredit foto: Alhijrah Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Remaja 14 tahun turut didakwa lakukan jenayah seksual

Dalam pada itu, remaja berusia 14 tahun yang dipercayai turut melakukan melakukan amang seksual fizikal serta persetubuhan luar tabii kepada mangsa telah didakwa Mahkamah Majistret 4 yang bersidang sebagai Mahkamah Juvana.

Bagi pertuduhan amang seksual dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 sementara, kesalahan persetubuhan luar tabii adalah berdasarkan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Seksyen 14(a) AKSTK 2017 memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dan sebat manakala Seksyen 377C membawa hukuman penjara minimum lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Nazrin Ali Rahim dan Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal melakukan pendakwaan manakala tertuduh, masing-masing diwakili peguam Omar Zulkarnain dan Mohamed Musthafa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun peguam merayu budi bicara mahkamah membenarkannya.

Namun, selepas meneliti hujah kedua-dua pihak, Mohd Sabri dan Sharda Shienha membenarkan tertuduh masing-masing dilepaskan dengan jaminan RM20,000 dan RM3,000 dengan seorang penjamin serta dilarang menghubungi atau mengganggu mangsa dan keluarga.

Pihak mahkamah telah menetapkan 31 Oktober depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan mendapatkan laporan kimia dan perubatan penuh mangsa.

Artikel lain: Diperkosa Dua Lelaki Rohingya, Remaja Usia 15 Tahun Ditinggalkan Di Taman Permainan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, seorang remaja perempuan membuat laporan polis mendakwa dirinya telah dirogol secara bergilir-gilir oleh dua orang lelaki Rohingya yang baru sehari dikenali didalam sebuah kereta selepas keluar bersiar-siar.

Mangsa telah ditemui di taman permainan di Batu Berendam selepas ahli keluarga mencari mangsa yang tidak pulang ke rumah walaupun sudah larut pagi.

Sumber: Harian Metro (Meor Riduwan Meor Ahmad)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kerajaan bersetuju melaksanakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan konsep dan format baharu di bawah Kementerian Pertahanan (MINDEF). Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed...

Lokal

Seramai 45 orang termasuk tujuh kanak-kanak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air ketika pertandingan memancing di sebuah kolam berhampiran Kampung Longob, Jalan Tandek, Kota...

Spotlight

Ahli gusti profesional, John Cena mengumumkan akan bersara daripada sukan yang diminatinya, WWE pada tahun depan selepas dua dekad terlibat dalam gelanggang tersebut. Menerusi...

Politik

Perikatan Nasional (PN) menang majoriti dan berjaya mengekalkan penguasaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu. PN Menang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd