Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pengalaman Hidap Pelbagai Penyakit, Dr Siti Juariah Kini Bantu Hampir 4,000 Pesakit

Siapa sangka pengalaman menghidap pelbagai penyakit membuatkan Dr Siti Juariah Kusni berjaya bangkit membuka pusat rawatan kesihatan, D’Jue Wellness yang menawarkan perkhidmatan alternatif kepada pesakit.

Dr Siti Juariah kini bantu hampir 4,000 pesakit

Beliau yang mesra disapa Dr Jue pernah membuka Poliklinik Penawar bagi menampung kehidupan, namun premis kesihatan itu merundum akibat kemunculan klinik-klinik baharu.

Dr Siti Juariah

Berkongsi cerita lama, Dr Jue pernah mengalami penyakit autoimmune selain masalah bengkak hati, gastrik, obesiti, diabetes type 2allergic rhinitisrefluks gastroesofageal (GERD), migrain dan prolapsed disc.

Selepas puas memikirkan penyelesaian mengenai penyakitnya, beliau mengambil inisiatif mempelajari tentang perbuatan functional iaitu perubatan holistik bagi merawat penyakit kronik dengan melihat punca serta akar umbinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya bermula sejak 2018, kini telah bantu hampir 4,000 pesakit diabetes dan pelbagai penyakit lain dengan mengamalkan konsep berpuasa dan elakkan gula,” katanya.

Dr Siti Juariah

Dr Jue berkongsi, beliau mengamalkan proses ‘cut sugar’ dengan mengelak makanan atau minuman manis, menjalani puasa selama 16 jam (intermittent fasting), pemakanan sihat serta senaman.

Susulan itu, tindakan beliau yang sering membuat siaran langsung di platform Facebook mengenai kesedaran kesihatan menarik minat orang ramai sehingga terdapat pengikut meminta bagi mengadakan seminar kesihatan.

Artikel lain: Derita Komplikasi Penyakit Kronik, PM Beri Sumbangan Buat Ebby Yus

Sementara itu, salah seorang pesakit di D’Jue Wellness, Ustaz Wan Hamidi Wan Mat mengakui perkhidmatan alternatif ditawarkan Dr Jue membuatkan tahap kesihatannya menjadi lebih baik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dr Siti Juariah

“Pada mulanya ragu-ragu tetapi setelah melalui kaunseling dan memahami bagaimana diabetes berlaku serta cara mengawalnya, saya mula mengikuti nasihat beliau,” katanya.

Untuk maklumat lanjut berhubung rawatan kesihatan D’Jue Wellness, boleh hubungi 011-16329674 atau layari www.drjuemall.com.my

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Sekumpulan enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Salak mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya menghasilkan kapsul kalsium daripada tulang ikan bandar raya yang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd