Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Demi Ritual Jadi Kaya, Lelaki Bunuh 7 Bayi Hasil Sumbang Mahram Dengan Anak Kandung

Dunia digemparkan dengan penemuan tujuh mayat bayi yang dipercayai hasil daripada sumbang mahram antara seorang lelaki bersama anak kandungnya sendiri.

Menurut laporan Liputan 6, kejadian tersebut terbongkar apabila polis menemui tujuh rangka bayi manusia yang dikebumikan di sebuah lokasi bekas tapak sebuah kolam di Jawa Tengah, Indonesia.

Pihak berkuasa masih menjalankan operasi pencarian kesemua mayat dan berkemungkinan jenayah tersebut dilakukan lebih daripada seorang suspek.

“Semalam kami menetapkan bahawa R, 57, iaitu penduduk Desa Tanjung sebagai suspek,” kata Ketua Polis Banyumas, Agus Supriadi Siswanto.

Bukan itu sahaja, polis mempunyai bukti yang kukuh untuk mendakwa R sebagai suspek utama membunuh dan menanam sejak tahun 2012.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apa yang lebih menyedihkan, perbuatan keji itu dilakukan R sejak kelahiran bayi pertama pada 2013 sehingga bayi ketujuh pada 2021.

“Berdasarkan pengakuan suspek, masih terdapat tiga mayat bayi yang dibunuhnya dan ditanam di tempat itu, selain empat rangka bayi yang kami temui antara 15 hingga 21 Jun lalu,” jelas Agus.

Difahamkan, Unit Siasatan Jenayah Polis Banyumas telah menggali kawasan kejadian namun masih belum menemui tiga lagi mayat bayi.

Isteri ketiga suspek dikatakan turut terlibat dalam kes ini untuk membantu melahirkan anak. Malah, dia akan diugut bunuh jika membongkarkan perbuatan keji itu.

Dalam pada itu, suspek mendedahkan dia melakukan pembunuhan tersebut untuk ritual jadi kaya namun tetap miskin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kompas

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd