Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dakwaan Tolak Guna Label Kafir, Polis Terima Laporan Fitnah Fadhlina Sidek

Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan fitnah yang dibuat oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berhubung dakwaan menolak label kafir ketika berucap dalam satu majlis.

Menerusi laporan Bernama, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata menyatakan bahawa mereka telah  menerima laporan yang dibuat oleh Setiausaha Politik Menteri Pendidikan, Atiqah Syairah Shaharudin pada petang Sabtu di Balai Polis Sungai Maong, Kuching.

Foto : Utusan Borneo Online

“Kertas siasatan mengenai kes ini telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1988,” katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kertas siasatan telah dibuka bagi kes ini dan penyiasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

Sebelum ini, Fadhlina telah menyatakan bahawa video fitnah yang tular berkenaan dengan isu kafir itu telah diambil di luar persetujuan serta disalahgunakan dalam konteks berniat jahat untuk mencemarkan imej serta kredibilitinya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto : IG Fadhlina Sidek

Menerusi kenyataaan laman Facebook miliknya pada Sabtu, Fadhlina menganggap penyebaran video tersebut sebagai cubaan untuk menimbulkan kekacauan berkaitan isu 3R (agama, bangsa dan institusi raja) di samping memutarbelit makna sebenar ucapan sehingga difitnah serta mengancam keselamatannya.

Sumber : Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd