Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dakwaan RM300 Juta Diterima BERSATU, Muhyiddin Yassin Dah Beri Keterangan Pada SPRM

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan membabitkan wang RM300 juta disyaki diterima parti tersebut.

Menurut laporan BH Online, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) memberi keterangannya di Ibu Pejabat SPRM, namun tiada butiran lanjut mengenai tempoh beliau ‘disiasat’.

Beberapa hari lalu, SPRM memaklumkan akan memanggil bekas Perdana Menteri itu mengenai dakwaan wang diterima BERSATU sebagai dana politik daripada kontraktor yang dianugerahkan projek ketika di bawah pentadbirannya.

Malah difahamkan, lebih 15 individu termasuk pemimpin parti berkenaan selain pihak kontraktor sudah dipanggil agensi tersebut bagi merakam kenyataan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Awal Februari lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM iaitu Tan Sri Azam Baki dilaporkan mengesahkan pembekuan akaun BERSATU sebagai membantu siasatan ke atas wang disyaki hasil haram.

Justeru, siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram.

Sumber: BH Online (Mohd Nasaruddin Parzi)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd