Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dakwaan Kegagalan Lawatan PM Ke Arab Saudi, Pembangkang Kemuka Usul Di Dewan Rakyat

Susulan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi yang didakwa gagal, pembangkang akan mengemukakan usul di dalam Dewan Rakyat.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Jawatankuasa Hal Ehwal Antarabangsa Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kegagalan tersebut disifatkan satu tamparan hebat ke atas Malaysia.

Tiada pertemuan dengan Raja Salman atau Putera Mahkota

“Macam mana Pejabat Perdana Menteri (PMO) boleh suruh Wisma Putra buat pemakluman media yang ini adalah lawatan rasmi kalau tidak dapat bertemu dengan Putera Raja merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud?
“Ini jelas adalah satu kesilapan diplomasi antara Malaysia dan Arab Saudi iaitu sekutu utama kita dalam politik antarabangsa.
“Kepada apologis (orang yang mempertahankan) Kerajaan Malaysia Madani, kalau nak tahu apa bentuk lawatan rasmi kenegaraan, boleh belajar daripada lawatan ahli Parlimen Pagoh (Muhyiddin Yassin) ketika beliau melawat Arab Saudi pada 2021,” katanya.

Wan Ahmad Fayhsal berkata demikian dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini dengan membandingkan laporan berita sewaktu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan lawatan ke Arab Saudi.

Muhyiddin dulu jumpa Putera Mahkota

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal berkata, antara protokol dilakukan Muhyiddin ketika itu adalah termasuk disambut oleh Perdana Menteri Arab Saudi di lapangan terbang dengan karpet merah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, Muhyiddin turut mengadakan pertemuan empat mata bersama Putera Mahkota di Istana al-Yamamah, Riyadh selain diberi penghormatan untuk masuk ke dalam Kaabah seperti mana yang diterima Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.

“Pengumuman besar dan utama berhubung hubungan dua hala Malaysia-Arab Saudi di mana ketika Muhyiddin bertemu dengan kerajaan Arab Saudi yang diwakili oleh Putera Raja.
“Kita mendapat 10,000 kuota haji tambahan dan kemudahan urusan imigresen buat rakyat kita menunaikan ibadah umrah dan haji.
“Manakala Arab Saudi bersetuju di masa hadapan untuk tingkatkan import minyak kelapa sawit Malaysia daripada 318,000 tan berjumlah RM900 juta ke 500,000 tan,” ujarnya.

Tambah Wan Ahmad Fayhsal yang juga Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), perkara dilakukan Muhyiddin adalah yang dimaksudkan dengan lawatan rasmi negara sekali gus mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara.

Terdahulu, Anwar mengadakan sesi lawatan rasmi buat kali pertama sebagai Perdana Menteri ke Arab Saudi selama tiga hari bermula pada Rabu lalu.

Difahamkan, pimpinan Arab Saudi telah memohon agar lawatan tersebut dipanjangkan bagi tempoh dua hari sekali gus dapat mengadakan pertemuan dengan pemimpin lain, tetapi Anwar terpaksa menolak berikutan jadual yang padat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Nazrin Zulkafli), Facebook Wan Ahmad Fayhsal

Nor Hidayah
Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan telah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang berhubung pandemik baharu termasuk ancaman penyakit...

Sosial

Seluruh rakyat Malaysia masih berasa hiba dengan pemergian anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikenali sebagai Blake yang pernah diangkat menjadi ‘hero’ tragedi Batang...

Spotlight

Pemain bola sepak terkenal dunia, Neymar dipercayai kantoi berlaku curang dengan teman wanitanya yang sarat hamil apabila tular video dirinya sedang berparti di sebuah...

Sukan

Perlawanan antara Selangor FC dan Terengganu FC semalam berakhir dengan layangan kad merah daripada pengadil kepada pemain pertahanan import Selangor FC, Yazan Al-Arab. Memetik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.