Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

“Dakwaan bekalan kurang punca harga ayam naik adalah tidak benar”- DVS

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) tidak menerima laporan kekurangan bekalan ayam di peringkat ladang, susulan dakwaan berlakunya kekurangan bekalan itu hingga menyebabkan harga ayam naik.

Dalam kenyataan semalam, DVS memaklumkan pihaknya juga tidak menerima laporan berlakunya wabak penyakit ayam, yang menyebabkan kematian secara besar-besaran.

“Oleh yang demikian, DVS memohon orang awam untuk tidak panik,” menurut kenyataan itu yang mengulas laporan media tempatan bertajuk ‘Bekalan kurang punca harga ayam naik – pembekal’ yang disiarkan kelmarin.

Laporan itu menyatakan bekalan ayam yang berkurangan beberapa hari lepas, menjadi punca harga ayam di pasaran terpaksa dinaikkan kembali antara RM9 hingga RM9.28.

Kenyataan DVS itu memaklumkan jika terdapat sebarang kekurangan bekalan ayam belaku, perkara itu boleh dilaporkan segera kepada DVS melalui Pejabat Veterinar Daerah/Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri yang terdekat atau melalui e-mel [email protected] dan nombor perhubungan 03-8870 2000.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA

Nur Ain
Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis persandingan seharusnya menjadi yang ekslusif buat pasangan pengantin bagi meraikan hari bahagia dan tumpuan sepatutnya hanya diberikan kepada mereka. Namun begitu, lain pula...

Sukan

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang pelajar Orang Asli berusia 12 tahun, Sa’ap Baharom telah ditawarkan untuk menyertai pusat latihan elit bola...

Spotlight

Baru-baru ini, selebriti Indonesia, Lucinta Luna mendakwa dia kini sudah hamil anak kepada tunangnya, Arten Boltian atau Alan telah berjaya menarik perhatian ramai. Bagaimanapun,...

Filem

Umum sedia maklum, filem Jawan yang dibintangi oleh aktor terkenal, Shah Rukh Khan sudah mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 7 September lalu. Malah,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.