Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dakwa Bukit Aman Akan Dirombak, Penulis Malaysiakini Dipanggil Polis

Penulis sebuah agensi media, Malaysiakini dipanggil polis susulan artikel yang ditulis agensi itu yang mendakwa Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merancang rombakan besar-besaran terhadap kepimpinan tertingginya.

Memetik laporan Malaysiakini, Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa mengesahkan perkara itu dan berkata laporan tersebut dibuat oleh seorang pegawai polis di Bukit Aman untuk siasatan lanjut.

Foto: Sinar Harian

Kes tersebut akan disiasati di bawah Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seksyen 505 (b) berkenaan dengan niat hendak menyebabkan, atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam, atau kepada mana-mana golongan awam supaya seseorang itu mungkin terdorong melakukan kesalahan terhadap negara atau ketenteraman awam.

Jika disabitkan kesalahan, ia akan membawa kepada hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia pula berkenaan kesalahan menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan secara tidak wajar.

Jika disabitkan kesalahan, ia akan membawa kepada hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penulis Malaysiakini dipanggil polis, dakwa Bukit Aman dirombak

Foto: Malaysiakini

Pada masa yang sama, Rusdi turut mendedahkan pihak polis telah memanggil penulis artikel tersebut bagi membantu siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu berhubung penyebaran kenyataan tidak sahih di laman sosial,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Razarudin Husain pula menyifatkan bahawa artikel yang ditulis oleh Malaysiakini sebagai tidak benar.

Katanya, PDRM menasihatkan semua pihak tidak memetik sumber tidak rasmi, terutamnya jika ia melibatkan pasukan keselamatan dan agensi kerajaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penulis Malaysiakini Dipanggil Polis

Foto: Berita Harian

Pada Selasa, Malaysiakini telah menyiarkan laporan yang memetik sumber dan mendakwa Bukit Aman merancan beberapa pemindahan berprofil tinggi.

Menurut sumber yang dipetik Malaysiakini, antara yang terkesan adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Ayob didakwa akan dihantar untuk mengetuai sama ada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atau Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempandan Malaysia (MCBA), manakala Shuhaily akan dilantik menjadi ketua pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Pengarah APNM Hamid Mohd Amin bersara wajib pada 18 April manakala ketua pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon berpindah ke Kementerian Sumber Manusia untuk dinaikkan pangkat sebagai timbalan ketua setiausaha (operasi) kementerian itu.

Sumber: Malaysiakini

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan daripada tugas serta-merta susulan dakwaan ditangkap khalwat di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini. Tular video pegawai kanan kementerian...

Sosial

Seorang graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak pernah terlintas dalam fikirannya bahawa suatu hari akan melalui tempoh panjang sebagai tahanan di Penjara Alor Setar....

Sosial

Sebuah video yang kini tular di media sosial memaparkan insiden mengejutkan melibatkan seorang pekerja Zus yang disimbah dipercayai air kopi oleh seorang pelanggan perempuan....

Nasional

Pasport Malaysia kini menduduki tangga ketiga dunia dalam Ranking Pasport Index 2025, satu penanda aras global bagi kedudukan pasport. Menurut laporan Bernama, Jabatan Imigresen...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd