Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

‘Counter Setting’: Imigresen Laksana Reformasi Proses Kerja

Susulan sindiket ‘counter setting’ didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Imigresen (JIM) akan melaksanakan reformasi proses kerja pegawai serta anggotanya.

Imigresen laksana reformasi susulan ‘Counter Setting’

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, langkah penambahbaikan itu meliputi penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh dengan mengambil kira teguran dan cadangan diberikan.

Counter Setting

Foto: Free Malaysia Today

“JIM mengambil maklum berhubung 11 kelemahan utama yang membuka ruang kepada sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi ‘counter setting’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mendedahkan seorang pegawai kanan imigresen dipercayai menjadi dalang utama sindiket membawa masuk warga asing melalui ‘laluan kaunter khas’ di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Counter Setting

Foto: Bernama

Azam dilaporkan berkata, suspek yang bertugas 20 tahun dalam pasukan penguat kuasa tersebut dikatakan menjadi dalang dengan mengawal 50 pegawai lain bagi menjalankan operasi sindiket.

Menerusi hasil serbuan, SPRM menemukan wang tunai hampir RM800,000 di kediaman dua pegawai imigresen bergred rendah iaitu masing-masing di Pahang dan Melaka.

Counter Setting

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jumlah wang tunai itu adalah sebahagian daripada RM1.49 juta wang tunai yang disita terhadap penguat kuasa yang bersekongkol dengan sindiket ‘counter setting’.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd