Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

China Luaskan Tindakan Penutupan & Ratusan Masjid

China dilaporkan telah menutup dan merobohkan ratusan masjid yang terletak di wilayah utara di Ningxia dan Gangsu yang mempunyai jumlah penduduk Islam yang ramai.

Satu laporan yang dikeluarkan oleh Human Rights Watch (HRW) mendakwa kerajaan China kini sedang memperluaskan lagi tindakan penutupan masjid di beberapa lagi wilayah.

Menurut laporan yang menggunakan dokumen-dokumen awam, imej satelit dan keterangan saksi, penutupan itu merupakan sebahagian proses dikenali sebagai `penggabungan’.

Malah, pihak berkuasa tempatan juga didakwa menyingkirkan elemen seni bina Islamik pada masjid supaya kelihatan lebih menerapkan budaya masyarakat Cina.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, pihak berkuasa China menghentikan operasi, menutup, merobohkan atau mengubahsuai masjid untuk kegunaan sekular di kawasan luar Xinjiang, sebahagian kempen bertujuan mengekang pengaruh agama.

Tindakan itu sebahagian kempen Parti Komunis untuk mengetatkan kawalan ke atas agama dan mengurangkan risiko kemungkinan cabaran terhadap pemerintahannya.

“Kerajaan China tidak `menggabungkan’ masjid sepertimana didakwanya tetapi sedang menutup banyak tempat suci itu yang dilihat melanggar kebebasan beragama.
“Tindakan menutup, memusnahkan dan megubah suai semula masjid untuk tujuan lain merupakan sebahagian daripada usaha sistematik bagi mengekang amalan Islam di China,” kata pemangku Pengarah HRW China, Maya Wang.

Masjid China

Imam di Masjid Ningxia juga akui ramai di kalangan golongan muda dan pertengahan usia tidak lagi datang ke masjid untuk menunaikan solat dan terlibat aktif dalam aktiviti keagamaan sebaik sahaja mengenai tempat ibadah itu kini ditutup.

“Apabila masjid ditutup, ramai orang muda dan pertengahan umur tidak lagi pergi ke masjid untuk mengambil bahagian dalam aktiviti keagamaan, dan generasi akan datang perlahan-lahan akan hilang kepercayaan dan tidak yakin dengan Islam … dengan cara ini, umat Islam perlahan-lahan menjadi jahat, ”katanya.

Sebelum ini, Xinjiang mendapat perhatian dunia susulan dakwaan pencabulan hak asasi manusia terhadap etnik Uighur selama bertahun-tahun di wilayah itu.

Turut tular juga video dan gambar disiarkan dalam talian serta disokong dengan imej satelit penyelidik yang jelas menunjukkan pihak berkuasa menyingkirkan kubah dan menara daripada kesemua tujuh masjid.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan itu sahaja, mereka turut memusnahkan bangunan utama tiga tempat suci itu di kampung Liaoqiao dan Chuankou villages di Ningxia antara tahun 2019 dan 2021.

Masjid China

Sekadar gambar hiasan, Carian Google

Malah, rakaman video itu juga memaparkan bahagian dalam ruang wuduk sebuah masjid dirosakkan.

Di wilayah Gansu pula, beberapa pegawai kerajaan tempatan dilihat berusaha melakukan proses `penggabungan’ masjid.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lapor HRW lagi, pihak berkuasa daerah Guanghe pada tahun 2020 membatalkan pendaftaran 12 masjid, menutup lima masjid dan mengubahsuai lima lagi.

Sumber: The Guardian 

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi menegaskan komitmennya untuk terus bersama kelab Harimau Selatan bagi tempoh yang panjang. Menurut laporan Kosmo!...

Politik

Timbalan Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan telah mengkritik kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya...

Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan mengumumkan larangan penyertaan kanak-kanak sebagai jemaah semasa musim haji 2025. Dilarang sertai musim haji 2025 Foto: Azernews...

Lokal

Punca seorang lelaki menembak tukang cuci di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam malam tadi mungkin disebabkan tidak puas hati ditegur supaya mengalihkan barang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd