Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

China ‘Banned’ Uncle Roger! Persenda Beijing & isu Taiwan

Akaun media sosial milik pelawak kelahiran Malaysia, Uncle Roger telah digantung oleh pihak berkuasa China selepas bergurau senda mengenai Beijing dan menjadikan isu Taiwan sebagai bahan jenaka.

Menurut laporan BBC, akaun Weibo dan Bilibili milik Uncle Roger atau nama sebenarnya Nigel Ng yang mempunyai kira-kira 400,000 pengikut digantung kerana telah melanggar undang-undang dan peraturan berkaitan.

Difahamkan, akaun media sosial beliau digantung disebabkan oleh satu klip video dimuat naik di laman Twitter beberapa hari lepas. Dalam video tersebut, ia memaparkan beliau berseloroh dengan mengatakan; “Uncle Roger akan diharamkan”.

Bukan itu sahaja, dia juga menyoal seorang penonton berasal dari China sebelum memberi respons mengenai tindakan ‘Beijing’ melakukan misi pengintipan menerusi peranti teknologi mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, pelawak tersebut menjadikan isu pulau ‘Taiwan’ sebagai bahan jenaka selepas menemu ramai seorang lagi penonton.

Uncle Roger bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai penggantungan tersebut.

 

“Disebabkan beberapa sebab, klip video ini mendapat jumlah tontonan yang amat banyak sepanjang hujung minggu lalu. Saya tidak tahu kenapa,” katanya.

Untuk pengetahun, ini bukanlah kali pertama media sosial Uncle Roger ‘digantung’ oleh pihak berkuasa China memandangkan dia pernah mencetuskan isu mengenai resepi ‘dumpling’ dalam video kolaborasi bersama Youtuber, Mike Chen.

Pun begitu, pelawak berusia 32 tahun itu membuat permohonan maaf secara terbuka dengan menyatakan dia tidak peka akan pemikiran politik dan kenyataan salah mengenai China.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BBC

Written By

Jadi diri sendiri

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Politik

Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ telah didakwa di Mahkamah Seksyen selepas dipercayai meminta dan menerima rasuah berjumlah...

Dunia

Baru-baru ini, tular sebuah video detik cemas yang dialami oleh penumpang apabila pintu kecemasan pesawat salah sebuah syarikat penerbangan telah dibuka sebelum mendarat dengan...

Spotlight

Anggota kumpulan tersohor Korea Selatan, BLACKPINK iaitu Lisa mendedahkan dirinya enggan dan malu berkongsi foto berbikini setiap kali bercuti di pantai. Lisa dalam satu...

Spotlight

Selebriti popular Indonesia, Raffi Ahmad mahu menjual jet peribadinya yang dibeli sekitar setahun lalu telah berjaya menarik perhatian ramai. Menerusi hantaran yang dimuat naik...

Advertisement