Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

AS Tangguh Tarif, Bursa Malaysia Melonjak 3.81 Peratus

Bursa Malaysia memulakan dagangan pada Khamis dengan peningkatan mendadak, menjejaki prestasi semalaman pasaran Wall Street setelah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan penangguhan sementara tarif.

Menurut laporan Bernama, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada jam 9:10 pagi mencatat kenaikan sebanyak 53.29 mata atau 3.81 peratus kepada 1,453.88 daripada 1,400.59 pada penutup semalam. Indeks penanda aras itu dicatatkan melonjak 63.71 mata kepada 1,464.30.

Tangguh tarif bursa Malaysia melonjak naik

Bursa Malaysia

Foto: Bursa Malaysia

Dalam dagangan semalaman, pasaran pasaran AS seperti Dow Jones meraih 7.87 peratus kepada 40,608.45, S&P 500 naik 9.52 peratus kepada 5,456.90 manakala Nasdaq Composite menoko k 12.16 peratus kepada 17,124.97.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 743 berbanding 54, sebanyak 180 kaunter tidak berubah, 1,389 tidak didagangkan dan 10 digantung dagangannya.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng memberitahu ekuiti AS mencatat kenaikan terbesar selepas presiden itu mengumumkan penangguhan sementara tarif selama 90 hari dan menurunkan tarif timbal balas kepada asas 10 peratus, manakala China dikenakan kadar lebih tinggi iaitu 125 peratus.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Bursa Malaysia

Foto: The Edge Malaysia

Namun begitu, beliau menjelaskan sentimen pasaran mengekalkan langkah selamat terhadap keputusan China dalam perang perdagangannya dengan AS yang dilihat semakin meruncing.

Bagi peringkat tempatan, Thong memberi bayangan akan berlakunya pemulihan serta-merta dalam pasaran hari ini apabila pelabur menghadam petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street.

“Namun, kami menjangkakan pelabur terus berwaspada kerana keadaan tarif yang masih belum muktamad di tengah-tengah kecelaruan dasar Trump,” kata Thong hari ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan bahawa indeks penanda aras dijangka berlegar dalam julat 1,400-1,450 hari ini.

Selain itu, dalam kalangan wajaran tinggi, Maybank mencatatkan  untung 41 sen kepada RM9.91, Public Bank meningkat 14 sen kepada RM4.23, TNB menokok 38 sen kepada RM13.20, CIMB merekod 37 sen kepada RM6.72 dan IHH Healthcare meraih 10 sen kepada RM6.81.

Artikel lain: “Dia Kawan Saya, Saya Suka Dia” – Trump Sedia Bertemu Xi Jinping Runding Kemelut Tarif

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk saham aktif pula, Sapura Energy melonjak setengah sen kepada empat sen, SumiSaujana meningkat setengah sen kepada 18.5 sen, MYEG menokok 5.5 sen kepada 81 sen, Velocity Capital bertambah dua sen kepada sembilan sen dan Nationgate meraih 18 sen kepada RM1.20.

Manakala Indeks FBM Emas meningkat 441.80 mata kepada 10,785, Indeks FBMT 100 menokok 424.84 mata kepada 10,573.68 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 432.66 mata kepada 10,573.68.

Indeks FBM ACE naik 183.61 mata kepada 4,329.87 manakala ndeks FBM 70 meningkat ketara sebanyak 757.21 mata kepada 15,139.58.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 705.07 mata kepada 17,609.89, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 6.65 mata kepada 138.69, Indeks Tenaga menokok 37.97 mata kepada 650.56 dan Indeks Perladangan meraih 243.87 mata kepada 7,082.96.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily ambil tindakan tatatertib terhadap individu yang bertanggungjawab berhubung kesilapan melibatkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa simbol bulan...

Dunia

“Melayu tiada duit beli barangan China.” Itulah sindiran tajam yang dilemparkan oleh pengulas politik konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly, ketika memperlekeh lawatan rasmi Presiden...

Sosial

Tular satu video di media sosial seorang pengulas politik Amerika Syarikat (AS) memperlekehkan Malaysia sebagai sebuah negara yang miskin menyebabkan berlakuknya ketidakpuasan dalam kalangan...

Lokal

“Kena korek tabung vaksin jawabnya…”, demikian kata pendakwah bebas, Mohd Rasyiq Mohd Alwi, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq berkaitan diperintahkan membayar RM2.5...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd