Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Buat ‘Projek’ Dalam Kereta, Pasangan Kekasih Berjaya Ditahan Polis

Hari ini, tular sebuah video memaparkan pasangan kekasih sedang bermadu asmara dalam sebuah kenderaan jenis Axia berwarna merah.

Perkongsian itu berjaya menarik perhatian ramai terutama melihat gelagat lelaki berkenaan menjawab ‘soalan’ apabila ditanya oleh beberapa lelaki.

Dalam video tular, kelihatan seorang lelaki berbangsa cina sedang memangku  wanita dipercayai masih bersekolah duduk di atasnya sebelum memaklumkan gadis itu sedang ‘sakit’.

https://www.facebook.com/watch/?v=1488391595023124

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terbaharu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak memberitahu pasangan itu dilaporkan telah ditahan polis di dua lokasi berbeza pada petang Khamis bagi memberi keterangan.

Ujar beliau, rakaman kejadian berkenaan berlaku pada jam 3.03 petang pada 29 Mac lalu dan baru tular di aplikasi TikTok.

“Polis telah menjalankan siasatan dan mendapati lokasi kejadian di kawasan letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang.
“Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek telah ditahan secara berasingan, masing-masing di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara jam 4.15 petang hingga 5.15 petang Khamis,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Jelasnya lagi, penahanan tersebut membabitkan seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang perempuan berusia 17 tahun, selain kedua-duanya merupakan warganegara tempatan yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Dalam operasi tersebut, pihak polis turut merampas sebuah kenderaan jenis Perodua Axia berwarna merah dan sehelai t-shirt berwarna merah dan putih.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara selama tempoh dua tahun.

Sumber: Kenyataan Media Polis Daerah Seri Alam

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular satu rakaman  kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pengawal keselamatan atau guard ditampar seorang pemandu lelaki yang dipercayai berang di sebuah pondok keselamatan....

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd