Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

British Airways Lancar Seragam Mesra Muslimah, Benarkan Kru Kabin Bertudung

British Airways telah berjaya menarik perhatian netizen kerana telah melancarkan pakaian seragam baharu dengan membenarkan kru kabinnya memakai tudung.

Difahamkan, British Airways buat pertama kalinya memperkenalkan kod seragam tersebut dalam 20 tahun dan pernah ditangguhkan selama dua tahun disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Kira-kira 30,000 kakitangan syarikat penerbangan tersebut akan menggayakan pakaian seragam yang baharu termasuklah jurutera dan pengendali darat apabila tibanya musim panas.

Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif British Airways, Sean Doyle, pakaian seragam baharu tersebut akan mencerminkan jenama penerbangan terbabit.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ia mewakili yang terbaik dari zaman moden Britain dan membantu kami menyampaikan perkhidmatan asli British yang hebat untuk pelanggan kami.
“Kami mahu mencipta koleksi seragam yang boleh bangga dipakai oleh orang kita dan dengan bantuan lebih 1,500 rakan sekerja, kami yakin bahawa kami sudah menyampaikannya,” katanya.

“Apabila menyarung uniform baharu ini, pekerja syarikat penerbangan ini juga akan mengitar semula atau menderma pakaian lama mereka, yang diperbuat daripada kira-kira 90 peratus campuran fabrik poliester kitar semula.
“Lebih 1,500 rakan sekerja di seluruh syarikat penerbangan mengambil bahagian dalam 50 bengkel untuk membantu memastikan kesesuaian pakaian, daripada bengkel reka bentuk kepada maklum balas prototaip dan percubaan pakaian, dan membantu mencipta koleksi ikonik yang akan bertahan dalam mengikut masa,” katanya.

Bukan itu sahaja, pereka bentuk sangat berhati-hati dalam menghasilkan pakaian seragam syarikat penerbangan tersebut dengan corak gelombang udara yang ada pada jaket, kemeja-T, butang, dan tali leher diilhamkan oleh pergerakan udara di atas sayap pesawat.

Hal tersebut untuk menonjolkan lagi fabrik jenis jacquard bagi menepati ikon ‘speedmarque’ yang menjadi ikonik syarikat penerbangan tersebut.

Sumber: mStar

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Dua beradik yang sebelum ini mencuri perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatan kerja di Terengganu, menerima ‘balasan’ penuh bermakna apabila dihadiahkan...

Sosial

Seorang wanita berkongsi detik menyentuh hati yang dialaminya ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi Selasa, apabila seorang pemandu lori berkongsi rezeki tanpa mengira...

Sosial

Syarikat pengeluar produk tenusu segar, FGV Dairy Farm Sdn Bhd didakwa telah menghentikan operasi sepenuhnya sejak lebih dua tahun lalu. Dakwaan itu dibuat oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd