Sejak kebelakangan ini, nama penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL menjadi bualan hangat netizen ketika hadir di sebuah kelab malam untuk mempersembahkan lagu.
Mana tidaknya, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh BCL di laman Instagramnya, dia hadir ke sebuah kelab malam dengan penampilan seksi telah mencetuskan rasa tidak puas hati ramai.
Dalam video tersebut, kelihatan penyanyi yang berusia 39 tahun itu memakai baju terdedah sehingga menampakkan lurah asetnya sambil menyanyi di hadapan khalayak umum.
Seksinya, terseksa suami dalam kubur tu
Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa terhadap penampilan mencolok mata BCL yang didakwa tidak menjaga maruah arwah suaminya yang sudah tiada.
Jangan la kecam dia, yang penting BCL bahagia sekarang
Pun begitu, disebalik hentaman yang diberikan, ada segelintir netizen yang menitipkan pesanan kepada orang ramai supaya menghentikan segala kecaman terhadap BCL dan biarkan dia hidup bahagia dengan kehidupannya yang sekarang.
Sumber: Instagram @bclsinclair