Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bengang Motosikal Ditarik Punca ‘Rider’ Tendang Berkali-Kali, Ada Tunggakan Tiga Tahun

Tindakan seorang penghantar makanan p-hailing yang merosakkan sebuah motosikal di kawasan parkir sebuah pusat beli-belah di Puchong, Selangor adalah disebabkan bengang kenderaan itu perlu ditarik.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pemilik motosikal mempunyai tunggakan bayaran hampir tiga tahun sekali gus berlaku penarikan kenderaan tersebut.

Foto: BERNAMA

“Kejadian berlaku jam 3.10 petang pada 11 September lalu, lelaki itu menendang motosikalnya sendiri sebelum serah kepada ejen tarik kenderaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata, ejen tarik kenderaan membuat laporan berhubung penarikan motosikal pada hari yang sama di Balai Polis Brickfields.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semalam, tular sebuah video memaparkan penghantar makanan itu bertindak agresif dengan menendang sebuah motosikal yang sudah terjatuh berulang kali sehingga beberapa bahagian dilihat mengalami kerosakan.

Susulan kejadian itu, warganet membuat pelbagai spekulasi termasuk berseloroh kononnya tindakan itu adalah bagi mendapatkan motosikal baharu daripada pempengaruh media sosial, Aisar Khaled.

Ini kerana pempengaruh itu baru sahaja menghadiahkan sebuah motosikal Yamaha LC kepada seorang penghantar makanan yang tular berjalan kaki sebaik motosikalnya disita oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sumber: Harian Metro (Muhaamad Hafis Nawawi), Facebook Sukar Star TV

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis persandingan seharusnya menjadi yang ekslusif buat pasangan pengantin bagi meraikan hari bahagia dan tumpuan sepatutnya hanya diberikan kepada mereka. Namun begitu, lain pula...

Sukan

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang pelajar Orang Asli berusia 12 tahun, Sa’ap Baharom telah ditawarkan untuk menyertai pusat latihan elit bola...

Spotlight

Baru-baru ini, selebriti Indonesia, Lucinta Luna mendakwa dia kini sudah hamil anak kepada tunangnya, Arten Boltian atau Alan telah berjaya menarik perhatian ramai. Bagaimanapun,...

Filem

Umum sedia maklum, filem Jawan yang dibintangi oleh aktor terkenal, Shah Rukh Khan sudah mula ditayangkan di seluruh pawagam pada 7 September lalu. Malah,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.