Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Belanjawan 2023 Jawab Beberapa Persoalan Mustahak Didepani Kerajaan – Anwar Ibrahim

Belanjawan 2023 yang dibentangkan selama lebih dua jam di Dewan Rakyat hari ini telah mencakupi serta menjawab beberapa persoalan mustahak yang sedang didepani kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata belanjawan bertemakan Membangun Malaysia MADANI itu termasuk tentang permasalahan hutang dan persoalan tata kelola.

Selain itu, terdapat juga mengenai tantangan semasa dan global serta pengarahan baharu ekonomi, kebajikan serta beberapa prinsip jelas mengenai ketelusan dan pertanggungjawaban.

https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/posts/pfbid0uPmYcYPwB3jFsLdpu7cw5FNcqH94K8cby3jBkwS4B8zbucAbhhGFEqod6umUoim7l

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selain itu Belanjawan 2023 turut memberi penekanan kepada soal merancakkan pertumbuhan dan kos sara hidup yang menghimpit rakyat,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri turut berharap rakan-rakan Ahli Parlimen dapat meluangkan masa menelaah tawaran serta cadangan yang dihidangkan dan memberikan kritikan yang bermakna agar negara ini serta ekonominya kembali bangkit, segar dan mampan demi segenap lapisan masyarakat.

Sumber: BERNAMA, Facebook Anwar Ibrahim

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd