Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Bekas Ahli One Direction, Liam Payne Maut Terjatuh Dari Bangunan Hotel

Bekas ahli anggota One Direction, Liam Payne dilaporkan meninggal dunia di Buenos Aires, Argentina selepas terjatuh dari sebuah hotel di sana, pada malam Rabu waktu tempatan.

Penyanyi pop itu dilaporkan tiba di negara Amerika Latin itu awal bulan ini untuk menghadiri konsert bekas rakan kumpulannya, Niall Horan.

Memetik laporan Dailymail, beberapa saksi mengatakan bahawa Payne terjatuh dari biliknya di Hotel Casa Sur Palmero tidak lama selepas pukul 5 petang.

Foto: Stereogum

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut pegawai keselamatan, pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan tentang seorang lelaki agresif yang didakwa mabuk dan berada dalam keadaan tidak sedar diri akibat kesan dadah serta melakukan kekacauan di lobi hotel.

“Seorang lelaki agresif yang mungkin berada di bawah kesan dadah dan alkohol,” katanya. 

Petugas ambulans kemudian mengesahkan kematian penyanyi berusia 31 tahun itu di lokasi kejadian selepas jatuh dari tingkat tiga hotel berkenaan.

Foto: X EsTendenciaEnX

Jurucakap Perkhidmatan Ambulans, Alberto Crescenti berkata, Payne terjatuh dari ketinggian sekitar 40 meter dan mengalami kecederaan parah yang tidak mungkin dapat diselamatkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Panggilan kecemasan diterima pada pukul 5.04 petang waktu tempatan, mengatakan seorang lelaki terbaring di sebuah patio dalaman di Casa Sur.
“Pada pukul 5.11 petang, sebuah ambulans tiba dan lelaki itu disahkan meninggal dunia.” jelasnya. 

Foto: TMZ

Petugas ambulans tersebut juga menjelaskan bahawa mereka menyedari mangsa merupakan seorang artis terkenal.

“Selepas itu, kami mendapati bahawa beliau adalah seorang penyanyi terkenal. Malangnya, kecederaan yang dialaminya akibat jatuh itu ternyata fatal. Tiada kemungkinan untuk menyelamatkannya,” ujarnya. 

Bukan itu sahaja, sebelum meninggal, Payne menghempas komputer riba miliknya sehingga memaksa pihak hotel membawanya ke bilik atas kelakuan yang hanya mengganggu tetamu lain di kawasan berkenaan.

Tidak lama selepas itu, Payne dilaporkan terjatuh dari balkoni biliknya dan pihak berkuasa Argentina masih belum mengesahkan sama ada ia adalah satu kemalangan atau sebaliknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: TMZ

Payne merekodkan kemasyhuran global sebagai sebahagian daripada kumpulan pop One Direction yang telah dibubarkan, bersama Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan dan Louis Tomlinson.

Kumpulan lelaki itu bermula selepas menduduki tempat ketiga dalam rancangan pertandingan muzik X Factor versi British pada 2010, namun berpecah pada 2016 kerana ahlinya meneruskan projek berbeza termasuk kerjaya solo.

Bulan lalu, Payne dilihat menghadiri konsert rakannya, iaitu Nail Horan di Buenos Aires dan penyanyi itu terbuka bercakap tentang masalah ketagihan dadah dan alkohol dihadapinya sejak beberapa tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, dia turut ditemani teman wanitanya, Kate Cassidy dengan terdapat juga laporan mengatakan dia sedang mempersiapkan diri bagi kes mahkamah dengan bekas pasangannya, Maya Henry.

Foto: Us Weekly

Pada Rabu, Payne sempat berkongsi percutiannya di Argentina dan dilihat banyak menghabiskan masa menunggang kuda, bermain polo selain bersiar-siar di sana.

Malah dia turut memberitahu tidak sabar untuk pulang ke London bertemu dengan anjing kesayangannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Dailymail

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily ambil tindakan tatatertib terhadap individu yang bertanggungjawab berhubung kesilapan melibatkan ilustrasi Jalur Gemilang tidak lengkap tanpa simbol bulan...

Dunia

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mencuri tumpuan dengan kenyataan pedasnya berhubung lawatan Presiden China, Xi Jinping, ke beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia....

Dunia

“Melayu tiada duit beli barangan China.” Itulah sindiran tajam yang dilemparkan oleh pengulas politik konservatif Amerika Syarikat, Bill O’Reilly, ketika memperlekeh lawatan rasmi Presiden...

Sosial

Tular satu video di media sosial seorang pengulas politik Amerika Syarikat (AS) memperlekehkan Malaysia sebagai sebuah negara yang miskin menyebabkan berlakuknya ketidakpuasan dalam kalangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd