Connect with us

WOW

Beirut Lumpuh Selepas Letupan, Iran Sedia Bantu Bina Semula

Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif melawat kedutaan Lubnan di Tehran pada Sabtu untuk menandatangani buku takziah berikutan insiden tragis di Pelabuhan Beirut yang meragut sekurang-kurangnya 150 nyawa manakala 5,000 lagi cedera.

Selepas lawatan itu, Duta Lubnan Hassan Abbas menulis di Twitternya “hari ini saya bertuah dapat bertemu Mohammad Javad Zarif, menteri luar Iran, di kedutaan Lubnan di Tehran”, lapor Agensi Berita Mehr ( MNA).

Dalam satu lagi ciapan, duta itu berkata, “Dr. Zarif mengucapkan takziah atas kejadian tragis pada 4 Ogos di Beirut dan mengumumkan kesediaan Iran untuk membantu proses pembinaan semula.”

Iran sedia bantu

Letupan kuat pada Selasa itu terjadi di gudang pelabuhan yang menyimpan ammonium nitrat.

Bilangan penduduk yang hilang tempat tinggal meningkat menjadi 300,000, dengan kerugian dianggarkan antara $10 dan $15 bilion.

Duta Iran ke Lubnan Mohammad Jalal Firouznia berkata pada Sabtu Tehran merancang untuk aktif membantu pembinaan semula Beirut yang musnah akibat letupan besar itu.

Hantar bantuan kemanusiaan

Beliau berkata demikian ketika mengunjungi hospital lapangan yang diwujudkan oleh Iran. Di samping itu, Iran juga menghantar bantuan kemanusiaan ke Beirut, merangkumi bekalan makanan dan perubatan.

Ketua Palang Merah Lubnan George Kataneh mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) atas bantuan yang diberikan.

Menurut laporan pada Ahad, Iran sehingga kini sudah menghantar 95 tan bantuan kemanusiaan ke Lubnan.

Bantuan itu disalurkan susulan perbualan telefon antara Presiden Michel Aoun dan Presiden Hassan Rouhani pada Khamis.

Sumber : Bernama

Continue Reading
Advertisement

Trending