Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bayi Lelaki Dikejar Ke Hospital, Ibu Tersilap Bancuh Susu Guna Cecair Syabu

Seorang bayi lelaki dikejarkan ke hospital selepas ibunya tersilap bancuh susu guna cecair syabu dalam kejadian di flat di Taman Medan, Petaling Jaya pada 19 Februari lalu.

Bancuh susu guna cecair syabu

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata, kejadian tersebut hampir meragut nyawa bayi berusia setahun itu.

“Kita telah menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada pihak Hospital Kajang pada 20 Februari lalu,” katanya.

Shahrulnizam berkata, difahamkan pada hari kejadian, bayi berkenaan dijaga neneknya berusia 55 tahun yang tinggal di Seri Kembangan.

“Semasa dalam jagaan neneknya, mangsa tidak berhenti menangis, terlalu aktif dan sukar dikawal. Wanita itu kemudian bertanyakan punca tingkah laku pelik bayi itu kepada ibu mangsa.
“Ibu mangsa yang berusia 34 tahun mengaku tersilap membancuh susu bayi berkenaan menggunakan air syabu milik suaminya yang berusia 40 tahun,” ujarnya.

Foto hiasan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan itu, pihaknya menahan suami isteri terbabit di rumah mereka di Taman Medan pada 20 Februari lalu sebelum hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah.

Artikel lain: Budak Palestin Terpaksa Hisap Susu Lembu Demi Hilangkan Lapar, Dahaga

Tambah Shahrulnizam, semakan dilakukan juga mendapati suspek lelaki yang bekerja sebagai penjual air balang mempunyai rekod lampau berkaitan kes dadah.

“Bayi pasangan itu kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil,” jelasnya.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail)

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Sebuah video tular yang dimuat naik oleh pengguna Facebook Tan Chia Yong, telah mencetuskan kegusaran orang ramai apabila mendakwa seorang pemandu bas ekspres sedang...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd