Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Baru Tingkatan 2, Remaja Perempuan Tunai Zakat Perniagaan RM10,000!

Rezeki tak disangka, seorang pelajar perempuan Tingkatan 2 menjadi individu paling muda membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).

Menurut laporan BH Online, pelajar berkenaan dikenali Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustamaman juga merupakan seorang pengasas produk pemakanan telah hadir ke pejabat MAIK pada Khamis lalu nagi menunaikan tanggungjawab berkenan.

Difahamkan remaja berkenaan tampil berbuat demikian selepas produk jenama Bebycurve jenamanya mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan dijual bermula September tahun lalu menerusi aplikasi TikTok.

“Saya mula berniaga menerusi aplikasi TikTok dan agak terkejut apabila mendapat sambutan luar biasa daripada pelanggan. Susulan itu saya mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi penjualan produk saya,”ujarnya.

Ibu bapa nasihat tunai zakat perniagaan

Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya berkata, ibu bapanya menitipkan nasihat supaya dirinya mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK untuk berkongsi rezeki kepada orang yang kurang berkemampuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Susulan sambutan yang menggalakkan, ibu, Bibi Hasnalinda Zainal Abidin, 46, dan ayah, Mustaman Che Yusof, 60, menasihati saya supaya mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK.
“Ini juga ajaran nenek sebab nenek selalu berpesan apa-apa mesti dahulukan zakat,”ujarnya.

Sentiasa pesan jangan lupa Allah

Sementara itu, ibu remaja berkenaan iaitu Bibi Hasnalinda turut meluahkan rasa terharu dengan usaha yang ditunjukkan oleh anaknya untuk tampil membayar zakat meskipun masih muda.

Dalam pada itu, dia juga berharap agar tindakan anaknya itu menjadi contoh kepada usahawa dan ahli perniagaan lain di luar sana untuk bersama-sama membayar zakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya sentiasa berpesan kepada anak apa yang kita lakukan jangan kita lupakan Allah,” katanya.

Pembayaran zakat itu diserahkan kepada Ketua Pegawai Zakat MAIK, Ameer Azeezy Tuan Abdullah selain meluahkan rasa bertuah kerana remaja berkenaan masih sempat mencari rezeki.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dalam beliau bersekolah dan belajar, namun masih sempat mencari rezeki dengan cara yang betul dan tidak lupakan Allah,” ujarnya.
@maikkelantan

Alhamdulillah Baru Tingkatan 2 dah boleh bayar Zakat #maikkelantan #zakatpendapatan

♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Sumber: BH Online (Nor Fazlina Abdul Rahim), TikTok @maikkelantan, Instagram @liendakhan18, @putriluthfiya_

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Written By

Jadi diri sendiri

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan telah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa akan datang berhubung pandemik baharu termasuk ancaman penyakit...

Sosial

Seluruh rakyat Malaysia masih berasa hiba dengan pemergian anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikenali sebagai Blake yang pernah diangkat menjadi ‘hero’ tragedi Batang...

Spotlight

Pemain bola sepak terkenal dunia, Neymar dipercayai kantoi berlaku curang dengan teman wanitanya yang sarat hamil apabila tular video dirinya sedang berparti di sebuah...

Sukan

Perlawanan antara Selangor FC dan Terengganu FC semalam berakhir dengan layangan kad merah daripada pengadil kepada pemain pertahanan import Selangor FC, Yazan Al-Arab. Memetik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.