Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bapa Maut Ditumbuk Anak Masalah Mental, Tengkorak Pecah Akibat Terjatuh

Seorang lelaki warga emas berusia 83 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dalam satu kejadian di Kampung Masjid, Baung Bayam, pada Isnin. Insiden itu dipercayai berpunca daripada tindakan anaknya sendiri yang mempunyai masalah mental.

Tengkorak pecah akibat terjatuh

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, memaklumkan bahawa berdasarkan keterangan saksi iaitu adik kepada suspek, kejadian berlaku ketika lelaki berusia 41 tahun itu sedang menyediakan minuman sebelum ditegur oleh bapanya.

“Kejadian berlaku apabila mangsa yang disifatkan sebagai seorang tegas menegur suspek.
“Suspek terkejut lalu berpaling dan terus menumbuk bapanya. Mangsa dipercayai terjatuh dan kepalanya terkena simen sehingga menyebabkan tengkoraknya pecah.
“Kejadian itu disaksikan sendiri oleh adik suspek,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah pada Khamis.

Menurut beliau, suspek kini direman dan tahap kesihatan mentalnya akan dirujuk kepada pihak hospital serta pakar bagi pengesahan lanjut.

Sebelum ini, media melaporkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dalam kejadian di kediamannya di kampung berkenaan pada Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mohd Yusoff berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sekitar jam 6.30 petang pada Selasa.

Tambahnya, seorang individu telah ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kejadian berlaku sekitar jam 11.30 pagi apabila mangsa cedera di bahagian kepala dalam satu insiden di rumahnya.
“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang perselisihan faham atau pertengkaran sebelum itu,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, mangsa pada awalnya dibawa oleh ahli keluarga ke klinik berhampiran sebelum dirujuk ke HRPZ II untuk rawatan lanjut.

Artikel lain: “Dia Tanya Pasal Adik Setiap Hari..”- Luah Bapa Selepas Tragedi Bekas Isteri Bunuh Anak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mangsa kemudian ditempatkan di Zon Merah hospital berkenaan dan menerima rawatan kecemasan termasuk bantuan pernafasan sebelum dimasukkan ke wad.

Namun, mangsa tidak berjaya diselamatkan dan meninggal dunia ketika dirawat.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan Jabatan Forensik HRPZ II mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan daya tumpul pada kepala sehingga menyebabkan keretakan tulang tengkorak serta pendarahan dalam otak,” tambahnya lagi.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sebuah kedai scones popular di Cameron Highlands menjadi perhatian ramai selepas tular beberapa tangkap layar di platform Threads yang didakwa melibatkan interaksi akaun media...

Sosial

Pempengaruh media sosial terkenal, Alieff Irfan bersama rakan-rakannya dari AI Team dikecam selepas didakwa membuat lawak parodi yang dikatakan menghina Nabi Muhammad SAW. Kontroversi...

Sukan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menyifatkan Muhammad Hakim Danish Ramli sebagai antara prospek terbaik sukan permotoran negara ketika ini kerana memiliki kemampuan untuk bersaing...

Sukan

Penyerang import berbisa, Heberty Fernandes sah menamatkan perkhidmatannya bersama juara Liga Super 12 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT), selepas hampir tiga musim menyarung...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd