Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Bukan Duit Raya, Bapa Beri Geran Hibah Kepada Setiap Anak

Seorang bapa berfikiran jauh apabila beri geran hibah kepada setiap anak sempena Aidilfitri tempoh hari sebagai langkah agar masing-masing tidak bertelagah apabila dia sudah tidak ada lagi.

Bapa beri geran hibah waktu bersalaman di Aidilfitri

Menerusi perkongsian pengguna TikTok dikenali sebagai Dr GTR, dia telah memuat naik momen sewaktu di pagi hari raya apabila adik beradiknya beratur untuk bersalaman dengan ayah bonda.

@ka_denteeth

Terima kasih ayoh Terima kasih mek 😭 Ayoh ni seorg berpandangan jauh, walau x belajar tinggi, hanya lah seorg petani sejak dari muda lagi tapi berjaya membesarkan kami 8 beradik.Dia tahu jika suatu hari nanti bila dia tiada dia tak mau anak-anaknya bergaduh berebut harta, jadi dia ambil keputusan menghibahkan semua harta nya kpd anak2.Allahuakbar ayoh ku😭😭fypシ゚ #hibahbersyarat #wasiyyahshoppe

♬ original sound – Dr GTR – Dr GTR

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bapa beri geran hibah ganti duit raya

Dapat dilihat yang bapanya memberikan seorang satu kertas dipercayai geran hibah kepada anak-anak ‘menggantikan’ duit raya seperti kebiasaannya.

Bapa Beri Geran Hibah

Berpandangan jauh walau seorang petani

Melalui kapsyen yang disertakan, pengguna TikTok tersebut memberitahu bahawa bapanya berpandangan jauh walaupun tidak bersekolah tinggi dan mengambil keputusan menghibahkan harta agar tidak mendatangkan masalah di masa hadapan.

“Ayah ni seorang berpandangan jauh. Walau tak belajar tinggi, hanyalah seorang petani sejak dari muda lagi tapi berjaya membesarkan kami 8 beradik.
Dia tahu jika suatu hari nanti bila dia tiada, dia tak mau anak-anaknya bergaduh berebut harta. Jadi, dia ambil keputusan menghibahkan semua hartanya kepada anak-anak. Allahuakbar ayahku,” tulisnya.

Bagus tindakan beri geran hibah macam ni

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata kagum dengan cara pemikiran warga emas berkenaan demi memastikan keluarganya tetap utuh walaupun dirinya sudah tiada kelak.

Mereka juga menitipkan pesan supaya adik-beradik kepada pengguna TikTok tersebut terus menghargai ibu bapa dan berbakti kepada mereka hingga hujung usia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terima kasih buat ibu bapa yang pentingkan ilmu

 

Semoga terus menjaga mak ayah hingga hujug usia

Bapa yang sangat berpandangan jauh

Artikel lain: Berdua Naik Motor, Wanita Sebak Lihat Warga Emas Redah Hujan

Sekadar info, geran hibah ialah dokumen rasmi yang mengesahkan pemilikan harta (biasanya hartanah) telah dipindahkan secara hibah daripada pemberi kepada penerima.

Ia berfungsi sebagai bukti sah dalam urusan perundangan dan pendaftaran pemilikan harta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, harta tersebut masih menjadi hak pemilik utama selagi individu berkenaan masih ada.

Sumber: TikTok Dr GTR

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd