Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Bakal Ajar Subjek Kepimpinan, G-Dragon Dilantik Sebagai Profesor Sementara Di KAIST

Penyanyi rap, G-Dragon (GD) telah dilantik sebagai profesor sementara di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Institut Sains dan Teknologi Termaju Korea (KAIST) sekali gus bakal mengajar subjek berkaitan kepimpinan selama dua tahun, bermula 4 Jun sehingga Jun 2026.

Memetik laporan Allkpop, pelantikan ketua kumpulan Big Bang itu sebagai pensyarah sementara bertujuan mengintegrasikan teknologi saintifik terkini yang dibangunkan oleh KAIST bagi memantapkan daya saing global budaya di Korea.

Foto: Aju Press

Bukan itu sahaja, GD atau nama sebenarnya Kwon Ji Yong itu turut dilantik sebagai Duta Global KAIST bagi mempromosikan universiti tersebut di peringkat antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain mengajar subjek kepimpinan untuk para pelajar sarjana dan siswazah, selebriti berusia 36 tahun itu juga akan berkongsi pengalaman sebagai penghibur menerusi kuliahnya.

Dalam pada itu, GD meluahkan rasa terharu terhadap pelantikan tersebut serta berazam untuk memberi manfaat sekali gus dapat melahirkan para pelajar yang berkualiti sepanjang perkhidmatannya di universiti itu.

Foto: Media Sosial

“Ini merupakan satu penghormatan buat saya di atas perlantikkan sebagai profesor sementara di KAIST yang terkenal kerana melahirkan ramai pelajar pintar.
“Harapan saya agar sinergi yang hebat antara kepakaran saintis terkemuka dan latar belakang hiburan yang saya miliki ini mampu membawa kepada kejayaan yang ketara, sama seperti kumpulan ‘Big Bang’,” katanya.

Sementara itu Presiden KAIST, Lee Kwang Hyung berkata, pengalaman luas yang dimiliki oleh GD ini berpotensi untuk menjadikan universiti tersebut sebagai institut pengajian kelas pertama sekali gus menjadi perintis bagi sektor seni dan kebudayaan.

“Memandangkan KAIST ingin meneroka sempadan baharu dan mendorong sempadan pengetahuan, kami berharap agar Profesor Kwon (GD) dapat menjadi pemimpin dan perintis dalam sektor kebudayaan dan seni.” ujarnya.

Sumber: Allkpop

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd