Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Anak Jackie Chan Jadi Gelandangan, Beratur Ambil Makanan Percuma Di Kanada

Baru-baru ini, anak pelakon Hong Kong terkenal, Jackie Chan iaitu Etta Ng menjadi bualan netizen apabila dia dilihat beratur untuk mendapatkan makanan secara percuma di Toronto, Kanada.

Menurut laporan Malay Mail, anak perempuan pelakon popular itu dilihat sedang beratur bersama gelandangan yang lain untuk mendapatkan makanan sambil membawa sebuah beg berwarna biru.

Ada yang mendakwa Etta kini bekerja di Chinatown demi menyara kehidupannya dan kasihan dengan nasib yang menimpanya, ramai netizen meminta agar Jackie membantu anaknya itu memandangkan Etta adalah darah dagingnya.

Sebelum ini, difahamkan Elaine yang juga merupakan bekas kekasih Jackie telah melahirkan Etta pada tahun 1999 selepas dilaporkan mempunyai hubungan sulit dengan pelakon tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, Etta telah dibesarkan oleh Elaine seorang diri tanpa menerima apa-apa bantuan daripada Jackie sehinggalah Etta membawa dirinya ke negara lain.

Malah, menurut laporan South China Morning Post, Jackie tidak berhubung dengan Elaine sebaik sahaja mengetahui wanita itu berbadan dua dan anak perempuannya juga tidak mengenali bapanya sehingga dewasa.

Sumber: Malay Mail (Sylvia Looi), South China Morning Post (Faye Bradley)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd