Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Alangkah Bagusnya Kalau Abah Yang Pergi Dulu..”- Bapa Sebak Ziarah Pusara Anak

Alangkah Bagusnya Kalau Abah Yang Pergi Dulu

Bapa kepada Allahyarhamah Nurul Athira Auni mengundang sebak warganet apabila luahan dan doa yang dipanjatkan ketika menziarahi pusara anak perempuannya tular di media sosial.

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, ucapan bapa Allahyarhamah yang meninggal dunia dalam kemalangan itu menyentuh hati ramai netizen, khususnya apabila beliau meluahkan perasaan kehilangan terhadap anaknya yang baru berusia 21 tahun.

Alangkah Bagusnya Kalau Abah Yang Pergi Dulu….

Ujar bapa arwah, lebih baik sekiranya nyawanya diambil terlebih dahulu berbanding anak-anak kerana tidak sanggup menanggung perasaan kehilangan yang bersifat abadi.

“Tidak lama lagi kita akan menyusul juga. Semoga azab kubur tidak menghampiri wahai anakku, belahan jiwa abah.
“Kalau meratapi, abah tak reda kau pergi tapi abah terbayang-bayang wajah kau.
“Allah masih meninggalkan empat orang anak abah. Alangkah bagusnya kalau abah yang pergi dulu,” luah si bapa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa hiba selain mendoakan agar bapa Allahyarhamah diberikan kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan atas ujian berat yang menimpanya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Nenek Meninggal Dunia Selepas Dilanggar Pemandu Asing Dipercayai Mabuk

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika mangsa menunggang di lorong kanan sebelum sebuah motosikal dari arah belakang dipercayai merempuhnya ketika cuba mengelak ke kiri.

Berdasarkan video saksi di lokasi kejadian yang dimuat naik di akaun TikTok @denikiqm5rz, wanita itu memaklumkan sebelum kejadian terdapat sekumpulan penunggang motosikal didakwa sedang berlumba.

Katanya, dia melihat salah seorang penunggang merempuh motosikal dinaiki Athira sebelum bunyi dentuman dan Allahyarham terseret jauh ke depan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Arwah sebelum ini dikenali ramai menerusi siaran langsung di TikTok ketika membantu bapanya sebagai penebar roti canai di warung keluarga, yang sekali gus menjadikan pemergiannya satu kehilangan besar kepada pengikut setianya di media sosial.

Sumber: TikTok _mairahalim

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd