Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nenek Meninggal Dunia Selepas Dilanggar Pemandu Asing Dipercayai Mabuk

Wanita warga emas maut selepas dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (suv) dipandu seorang lelaki warga asing yang disyaki berada di bawah pengaruh alkohol ketika sedang melintas jalan di Jalan Lembah Permai, Tanjung Tokong, di sini, lewat malam tadi.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata dalam kejadian kira-kira 11.30 malam itu, mangsa berusia 67 tahun yang tercampak ke atas jalan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Dilanggar pemandu asing

Dilanggar pemandu asing

Beliau berkata berdasarkan siasatan, kemalangan dipercayai berlaku ketika SUV dipandu lelaki berusia 51 tahun sedang bergerak dari arah Jalan Mount Erskine menghala ke Jalan Tanjung Bungah.

“Semasa tiba di tempat kejadian SUV telah terlanggar pejalan kaki yang melintas dari kiri ke kanan jalan.
“Akibat kemalangan, pejalan kaki tersebut telah tercampak ke atas jalan raya dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel lain: Wanita Hilang Ditemui Selamat, Kembali Melawat Suami Di Wad Hospital

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dilanggar pemandu asing

Abdul Rozak berkata pemandu SUV itu disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had dibenarkan, berdasarkan hasil ujian saringan yang dijalankan.

Beliau berkata polis telah menahan lelaki terbabit dan perintah reman akan dimohon bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Kementerian Pertahanan (MINDEF) menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM22.11 bilion menerusi Belanjawan 2027, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 1.66 peratus berbanding tahun sebelumnya. Peruntukan berkenaan...

Nasional

Seramai 150 pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) sempena Sambutan Hari ATM Ke-93 pada Selasa. Markas ATM...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd