Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Aktor Terkenal Korea Selatan Tunduk Mohon Maaf, Dipercayai Terlibat Jenayah Ganja

Aktor terkenal Korea Selatan, Lee Sun-kyun yang dipercayai terlibat dalam jenayah pengambilan ganja telah diarahkan pihak berkuasa datang ke balai polis bagi menjalani proses siasatan.

Hal ini susulan daripada siasatan yang dibuat pihak polis di sebuah kelab hiburan ternama di Gangnam dimana wujud penyalahgunaan ganja sehingga wujud perkaitan dengan aktor terbabit.

Dipercayai terlibat penyalahgunaan ganja

Memetik laporan dari The Star, pelakon berusia 48 tahun itu telah diminta untuk melakukan ujian saringan ringkas dan keputusan menunjukkan dia negatif dari bahan terlarang berkenaan.

Walau bagaimanapun, ia tidak membuktikan bahawa dia tidak terlibat dari sebarang kesalahan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aktor terkenal Korea Selatan dakwa diugut

Dalam pada itu, pelakon yang membintangi filem box office berjudul ‘Parasite’ pada 2019 berkenaan juga telah diminta menyerahkan telefon bimbitnya dan sampel air kencing jugatelah diberi kepada bahagian forensik untuk saringan yang lebih tepat.

Enggan disoal siasat, pelakon Kdrama Coffee Prince itu menyerahkan sebarang komunikasi kepada pihak guamannya. Dia juga mendakwa telah diperas ugut sebanyak RM1.2 juta oleh seorang gadis pelayan bar di kelab hiburan berkenaan.

Aktor terkenal Korea Selatan tunduk mohon maaf

Susulan daripada itu, menerusi video yang dikongsikan semula akaun peminat di TikTok, Lee yang merupakan salah seorang daripada lapan suspek kes berkenaan tampil membuat permohonan maaf kepada peminat dan keluarga diatas kontroversi yang tercetus.

Difahamkan, masalah yang melanda membuatkan dia terpaksa menarik diri dari pembikinan sebuah Kdrama. Dua buah filem yang sedang dijayakan olehnya juga terpaksa dihentikan dan ditunda sehingga ke tahun hadapan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@lalica299

Om2 karir lagi bagus , sayang sekali ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ๐Ÿฅบ ( baru selesai nnton drama nya istrinya juga akutuh ๐Ÿ˜ฃ) #leesunkyun #narkoboy #koreanactors #Fyp #foryou

โ™ฌ suara asli – ๐Œ๐ข๐ง๐ž. – ๐Œ๐ข๐ง๐ž.

Untuk rekod, Lee dipercayai telah menggunakan barang terlarang itu di kelab malam dan rumah seorang gadis pelayan berusia 20an.

Sumber: The Star, TikTok lalica299

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi rap dari Amerika Syarikat (AS) Kanye West sifatkan pakaian isteri seni dan menegaskan bahawa mereka meninggalkan Anugerah Grammy 2025 secara sukarela dan bukannya...

Politik

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari terharu dengan tindakan DAP Pulau Pinang yang sedia mengumpul dana untuk mengadakan kelas pemahaman nama dan budaya masyarakat...

Spotlight

Pelakon Nikita Willy dedah tak pernah kentutย di hadapan suaminya iaitu Indra Priawan walaupun pasangan itu telah mendirikan rumah tangga selama empat tahun. Menerusi satu...

Dunia

Pelakon meningkat naik di China, Liang Youcheng dilaporkan meninggal dunia pada usia 27 tahun selepas disyaki dijangkiti virus influenza pada 30 Januari lalu, lapor...

Advertisement

Hakcipta ยฉ 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd