Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Aktivis Korea Selatan Dilapor Terbangkan Belon Berisi USB Muzik Video K-pop Ke Korea Utara

Sebuah kumpulan aktivis di Korea Selatan dilapor menerbangkan sebanyak 10 biji belon berisi muzik video K-pop ke Korea Utara sebagai balasan kepada Pyongyang yang menghantar ribuan belon dimuatkan dengan sampah dan najis sebelum ini.

Memetik laporan Reuters, kumpulan Fighters For Free Korea Utara mendakwa bahawa mereka telah melancarkan 10 belon dari bandar sempadan Pocheon yang membawa 200,000 risalah anti-Kim Jong-Un, 5,000 batang USB berisi video dan drama K-pop serta ribuan bil satu dolar pada 10 Mei lalu.

Foto: CNN 

Menurut ketua kumpulan tersebut, Park Sang Hak berkata, perkara itu dilakukan sebagai balasan memandangkan ribuan belon yang dihantar oleh Korea Utara sebelum ini telah mendorong Seoul untuk menggantung pakatan tentera antara Korea 2018 sekali gus menyambung semula aktiviti ketenteraan di sekitar sempadan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memandangkan Kim Jong-Un didakwa melakukan penghinaan teruk terhadap 50 juta rakyat, kumpulan aktivis itu berikrar akan meneruskan penghantaran risalah ke negara tersebut sehingga mereka menerima permohonan maaf pemimpin Korea Utara.

Foto: AP News

Sebelum ini, Korea Utara menjelaskan bahawa serangan belon berisi sampah dan najis itu dilakukan ekoran kiriman surat yang diterima dari aktivis negara jiran.

Korea Utara kemudiannya menyatakan pihak mereka akan berhenti menghantar belon sampah tersebut dengan syarat risalah-risalah berkenaan tidak lagi tiba di negara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Reuters

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd