Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Tahniah Atas Kejayaan Michelle Yeoh Pada Anugerah Golden Globe

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh atas kejayaan melakar sejarah, sebagai pelakon Malaysia pertama meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe di Los Angeles, Amerika Syarikat, hari ini.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada aktres kelahiran Ipoh, Perak itu.

Menurut catatan di Facebook Istana Negara, baginda berdua turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan Yeoh, yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Selain itu, ia juga sekali lagi membuktikan bahawa dengan iltizam, semangat perjuangan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh, rakyat Malaysia mampu bersaing dan berjaya di peringkat antarabangsa,” menurut Istana Negara.

Baginda berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Yeoh dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Aktres berusia 60 tahun itu memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal atau Komedi menerusi filem lakonannya dalam filem Everything Everywhere All At Once.

Yeoh menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nor Hidayah
Written By

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Aktres Indonesia yang juga pempengaruh, Meli 3GP atau Anisa Tasya Amelia mendakwa dirinya dipaksa berlakon filem dewasa atau ‘porno’ oleh Irwansyah. Memetik laporan detik,...

Dunia

Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun meninggal dunia apabila terhempap dinding runtuh ketika mahu mengambil wuduk. Memetik laporan dari Tribun Padang, kejadian berlaku di Masjid...

Dunia

Seorang lelaki autisme dari New Zealand yang baru sahaja berusia 12 tahun dinobatkan sebagai juara kejohanan golf kebangsaan walaupun hanya bermain tiga pusingan. Menurut...

Sukan

Bintang bola sepak, Cristiano Ronaldo sekali lagi membawa kemenangan keempat kepada pasukannya, Al Nassr dalam Liga Pro Saudi yang keenam dengan skor 3-1. Namun...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM.