Kementerian Pendidikan Malaysia atau KPM sasar selesai sistem sekolah satu sesi menjelang 2030 dan lebih 9,000 sekolah telah berjaya melaksanakannya.
Memetik laporan Kosmo!, Menteri KPM, Fadhlina Sidek berkata sehingga kini kira-kira 1,000 buah daripada 10,000 buah sekolah yang masih belum melaksanakan sistem satu sesi berikutan kepadatan murid di sekolah berkenaan.
KPM sasar selesai sistem sekolah satu sesi menjelang 2030
Foto: TVS
Menurutnya, pembinaan sekolah baharu juga akan mempengaruhi penyelesaian ini daan kerajaan sudah pun menetapkan sasaran pembangunan sekolah-sekolah baharu selain baik pulih sekolah daif.
“Sebenarnya perkembangan pendidikan di negara ini bergerak sangat baik dan ada 9,000 lebih telah pun mencapai hasrat kita untuk satu sesi daripada lebih 10,000 yang masih lagi kita perlu uruskan.
“Namun KPM juga perlu mengambil kira beberapa faktor kekangan soal tempat, premis dan pengurusan-pengurisan sekolah itu sendiri,” katanya.
Foto: Kosmo!
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program INTAN Minister’s Conversation (IMC) di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah Selatan, di sini hari ini.
Artikel lain: Hanya Guru Besar Dan Guru Diberi Kuasa Boleh Rotan Murid – KPM
Mengulas tentang hukuman rotan kepada pelajar yang melakukan kesalahan di sekolah, Fadhlina berkata itu adalah kuasa Guru Besar atau Pengetua serta Guru Disiplin sahaja dan sudah ada garis panduan tentang hukuman rotan ini yang begitu jelas.
“Ia melalui proses yang panjang sebelum perlaksanaan hukuman rotan ini, ia adalah pendirian KPM ketika ini dan hanya dua peringkat sahaja diberikan kebenaran untuk melaksanakan hukuman rotan,” ujarnya.
KPM sasar selesai sistem sekolah satu sesi
Foto: Utusan
Sumber: Kosmo! Online (Adnan Ibrahim)
![](https://borakdaily.com/wp-content/uploads/2024/01/BORAK-DAILY-v1.png)