Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KBS Sasar Pingat Keseluruhan Di Sukan SEA 2025, Tidak Ikut Warna Pingat – Hannah

Sasaran pingat Malaysia untuk Sukan SEA 2025 akan ditetapkan berdasarkan jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat.

KBS sasar pingat keseluruhan Sukan SEA 2025

Sukan SEA 2025

Foto: Facebook Hannah Yeoh

Menurut laporan Bernama, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata keputusan dibuat selepas mengambil kira saranan pakar-pakar di Nippon Sports Science University (NSSU).

Malah, keputusan juga mengikuti amalan yang telah dilaksanakan di negara-negara seperti Jepun, Korea, Iran, Singapura dan Hong Kong.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Penetapan sasaran pingat emas memberikan tekanan berlebihan kepada atlet untuk mempamerkan prestasi terbaik pada temasya sukan antarabangsa nanti.

Artikel lain: Razman Zakaria, Nantikan Surat Daripada Peguam Saya – Hannah Yeoh

“Penetapan sasaran pingat akan ditentukan selepas ini secara bersama antara KBS (Kementerian Belia dan Sukan) melalui Majlis Sukan Negara (MSN), Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memandangkan pendaftaran akhir atlet bagi menyertai temasya itu masih terbuka sehingga September 2025,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Hannah menjawab soalan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) berhubung sasaran Malaysia dan persediaan untuk temasya dwitahunan itu yang diadakan di Thailand, susulan rombakan acara oleh tuan rumah.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd