Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Berpotensi Jadi Juara Dunia – Koo Kien Keat

Bekas pemain beregu lelaki kebangsaan, Koo Kien Keat menyuarakan keyakinannya terhadap potensi Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk menjadi juara dunia berdasarkan prestasi cemerlang mereka ketika ini.

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin boleh jadi juara beregu dunia

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin

Foto: The Star

Menurut laporan Berita Harian, Kien Keat percaya gandingan itu berpeluang menjadi wakil kedua Malaysia merangkul gelaran dunia selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada 2022 di Tokyo, Jepun.

“Sudah tentu dari segi kematangan dalam permainan itu semakin meningkat. Apa yang saya nampak, cara mereka bermain itu sudah lebih terbuka, tidak terlalu fikir untuk menang atau kalah.
“Mereka juga sangat yakin dan tidak ragu-ragu dalam melakukan pukulan-pukulan. Kematangan mereka itu membuatkan mereka tidak terperangkap atau terikut-ikut dengan corak permainan lawan.

Artikel lain: Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik Mara Ke Separuh Akhir

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sze Fei-Izzuddin saya lihat ada senjata tersendiri. Kekuatan mereka adalah Sze Fei mengawal di bahagian depan manakala Izzuddin mengatur serangan dari belakang.
“Jika berterusan seperti ini, saya percaya mereka ada peluang untuk menjadi juara dunia malah saya fikir sedikit masa lagi mungkin mereka akan menjadi beregu nombor satu dunia,” kata Kien Keat yang juga bekas beregu nombor satu dunia bersama Tan Boon Heong.

Foto: BERNAMA

Kien Keat turut menegaskan bahawa ini adalah waktu terbaik untuk kedua-dua beregu negara tampil dengan persembahan terbaik memandangkan pasangan utama dunia yang lain sedang bergelut dengan prestasi tidak menentu.

Semalam, Izzuddin-Sze Fei telah menamatkan kemarau 11 tahun Malaysia di Terbuka India dengan menewaskan juara Terbuka Malaysia dari Korea Selatan, Kim Wan Ho-Seo Seung Jae 21-15, 13-21, 21-16 dalam aksi akhir di New Delhi.

Sebagai rekod, Terbuka India menjadi gelaran keempat buat Izzuddin-Sze Fei dalam tempoh lima bulan selepas menjuarai Terbuka Jepun, Terbuka China dan Terbuka Artik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pasangan cemerlang itu juga muncul sebagai naib juara Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China bulan lalu.

Sumber: Berita Harian (Helmi Talkah)

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Dunia

Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesahkan bahawa Russia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada...

Lokal

Pertikaian perceraian berprofil tinggi antara Pamela Ling dan suaminya, ahli perniagaan Malaysia Thomas Hah Tiing Siu, terus berkembang dengan dakwaan penipuan dan pemalsuan dokumen...

Politik

Bekas Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid memaklumkan kesiapsiagaannya untuk merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pemilihan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd