Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Akmal Saleh Beri Amaran Pemimpin BN Di Sabah, Jangan Lompat Parti Jika Menang PRN

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamamd Akmal Saleh beri amaran pemimpin BN di Sabah agar tidak mengkhianati parti itu jika menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Memetik laporan Sinar Harian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata beliau adalah orang pertama yang akan ke hadapan dan mengecam tindakan wakil rakyat yang bertindak menukar sokongan kepada pihak lain.

Akmal Saleh beri amaran pemimpin BN di Sabah

Akmal Saleh Beri Amaran Pemimpin BN Di Sabah

“Saya nak bagi amaran juga kepada pemimpin-pemimpin kita yang lepas ini yang menjadi calon dan menang. Kamu lompat saya akan cari kamu sampai ke lubang cacing untuk gantikan maruah kita.
“Saya tidak kira, hari itu bila enam ahli Parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) masuk dalam Kerajaan Perpaduan sayalah orang pertama yang bantai dan bangkang.
“Apabila orang UMNO masuk PAS, sayalah orang pertama yang bangkang, sebab apa? Saya benci katak, kita kena tolak katak-katak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis santai makan malam bersama anak muda dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, di Medan Selera di Putatan, Sabah pada malam Isnin.

“Jangan lompat parti!” – Akmal Saleh beri amaran pemimpin BN di Sabah

Tegasnya, beliau tidak akan menerima pemimpin yang mengkhianati parti dengan beralih sokongan kepada pihak tertentu kerana yang memberi kemenangan kepada mereka adalah jentera dan pengundi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Nampak Uzur, Abdul Hadi Bukan Kena Berjoget Kalau Jadi PM – Ulama Kanan PAS

“Saya tidak akan terima lagi katak. Tapi kalau kamu katak, saya berjanji di bumi bertuah ini, saya akan cari kamu dalam lubang cacing.
“Kenapa? Kamu menang disebabkan ini, muka-muka ini (penyokong) yang tiada langsung satu sifat peribadi untuk menangkan kamu.
“Yang kamu menang, kami ini yang tak tidur malam, yang turun ke bawah, tapi kalau kamu menang kamu lupa rakyat, siap kamu. Pemuda UMNO cari kamu sampai dapat,” tegasnya.

Sebelum itu, hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua UMNO Bahagian Putatan, Jeffrey Nor Mohamed yang juga bakal calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sekumpulan Parti Buruh Indonesia (KSPI) berhimpun di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai protes berhubung kejadian tembak pada 24 Januari lalu di Selangor....

Lokal

Seorang anggota tentera, Prebet Muhammad hilang hampir seminggu selepas keluar untuk bergunting rambut pada Selasa lalu. Prebet Muhammad hilang Menurut laporan Kosmo! Online, bapa...

Lokal

Padah mengugut bunuh pelawak Harith Iskander dan keluarganya berhubung lawak isu ‘ham’, seorang lelaki akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. Menurut laporan...

Nasional

Mulai esok, seramai 4.37 juta pekerja di negara ini akan menikmati kenaikan gaji minimum kepada RM1,700, berbanding RM1,500 sebelum ini. Memetik laporan Harian Metro,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd