Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anggota Tentera Ditahan Miliki Senjata Tiruan, Jual Dalam Talian

Seorang anggota tentera berusia 34 tahun ditahan selepas didapati memiliki lebih 10 laras senjata tiruan dalam serbuan di sebuah rumah di Kem Syed Putra, Jalan Tambun, pada Selasa.

Polis tahan anggota tentera miliki dan jual senjata tiruan

 Senjata Tiruan

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, penahanan anggota dari Pasukan 2 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pada jam 12.30 malam.

Difahamkan, anggota tersebut sedang bersiaran langsung melalui aplikasi TikTok untuk mempromosikan dan menjual senjata tiruan sejak dua tahun lalu, dengan memperoleh peralatan melalui ejen di Pahang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata polis merampas tujuh unit slingshot yang menyerupai senapang, empat unit busur silang, enam jenis anak panah, dan 300 biji bebola galas dalam serbuan tersebut,

“Semakan mendapati, lelaki tersebut tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian air kencing juga adalah negatif dadah.

Artikel lain: Anggota Tentera Maut, Kereta Dipandu Bertembung Treler

“Tempoh reman telah diperoleh selama dua hari sehingga hari ini bagi membantu siasatan,” katanya pada Khamis.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Beliau berkata, polis tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang memiliki senjata buatan sendiri atau tanpa lesen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Zulkafli turut menasihatkan orang ramai untuk mematuhi undang-undang berkenaan pemilikan dan penggunaan senjata api tersebut.

Polis turut mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat jenayah dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-2542222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Sinar Harian (Normawati Adnan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd