Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Hanya Guru Besar Dan Guru Diberi Kuasa Boleh Rotan Murid – KPM

Hukuman rotan murid hanya boleh dilaksanakan oleh Guru Besar atau guru yang diberikan kuasa, tertakluk kepada garis panduan yang ketat seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan bahawa peruntukan perundangan sedia ada tidak memberi sebarang kuasa kepada ibu bapa atau orang awam untuk mengambil tindakan fizikal terhadap murid yang melakukan kesalahan.

Hanya Guru Besar dan guru yang diberi kuasa boleh rotan murid

Rotan Murid

Foto: The Star

Jelasnya, hukuman rotan tidak boleh dilaksanakan di khalayak ramai atau di tapak perhimpunan sekolah, seperti yang diperincikan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 berkaitan Kuasa Guru Merotan Murid.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hukuman rotan merupakan salah satu bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap murid yang melakukan kesalahan berat, termasuk kesalahan buli.
“Namun, hukuman ini tidak bertujuan untuk mendera, sebaliknya bertindak sebagai kaedah pendidikan yang bersifat membimbing dan mendisiplinkan murid agar mereka dapat memahami implikasi perbuatan mereka.
“Pelaksanaan hukuman rotan juga tertakluk kepada garis panduan yang ketat seperti yang dinyatakan dalam Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
“Hukuman ini hanya hanya boleh dilaksanakan oleh Guru Besar atau guru yang diberikan kuasa dan tidak boleh dikenakan ke atas murid perempuan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Artikel lain: KTM Tawar Tambang Percuma Dua Hari Sempena Thaipusam – Loke

Beliau menjawab soalan dari Ahli Parlimen Jerlun, Dr Abd Ghani Ahmad mengenai sama ada kementerian bersedia membenarkan waris pelajar yang dibuli merotan pembuli dalam kalangan pelajar pada perhimpunan pagi di sekolah.

Pelaksanaan hukuman rotan murid tertakluk kepada garis panduan yang ketat

Foto hiasan: Carian Google

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata KPM berpandangan pendekatan yang lebih berkesan dalam menangani sebarang isu disiplin membabitkan murid adalah dengan memperkukuh komunikasi antara pihak sekolah dan ibu bapa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“KPM sentiasa berusaha memastikan pelaksanaan disiplin di sekolah sejajar dengan dasar pendidikan yang menitikberatkan pembentukan akhlak dan integriti.
“KPM juga menegaskan bahawa pendekatan pendidikan yang bersifat membina, seperti bimbingan kaunseling dan pengukuhan nilai murni merupakan langkah yang lebih efektif dalam membentuk peribadi murid yang berakhlak dan berintegriti.
“Semua pihak diseru untuk bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan harmoni bagi melahirkan generasi yang berdisiplin dan bertanggungjawab,” ujarnya.

Sumber: Jawapan Bertulis Dewan Rakyat

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd