Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

12 Dari 71 Cawangan Ayam Gepuk Pak Gembus Terima Sijil Halal JAKIM

Ayam Gepuk Pak Gembus Malaysia berjaya terima sijil halal secara rasmi daripada Jabatan Kemajuan Islan (JAKIM) bagi 12 daripada keseluruhan 71 cawangannya di Malaysia.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pegawai Operasinya Zulkarnain Mohd Yusof berkata pencapaian penting ini mencerminkan komitmen teguh Pak Gembus dalam mematuhi peraturan penguatkuasaan halal.

Pak Gembus terima sijil halal JAKIM

Pak Gembus Terima Sijil Halal JAKIM

Foto: Harian Metro

Ini juga selari dengan inisiatif kerajaan 2025 untuk memperkukuhkan industri halal di Malaysia, di samping mengekalkan kebersihan, keaslian dan makanan berkualiti tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, selepas berjaya memperoleh pensijilan halal untuk dapur pusat atau ‘central kitchen’ pada pertengahan 2024, kini syarikat mengembangkan pencapaian ini ke peringkat 12 cawangan sebagai permulaan.

“Bagi tahun ini, kami menyasarkan 50 cawangan seterusnya untuk memperoleh sijil halal dan kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada Jakim atas sokongan kuat yang diberikan sepanjang proses mendapatkan sijil halal ini.
“Kepercayaan yang diberikan ini membuktikan bahawa Pak Gembus sentiasa berusaha memastikan setiap hidangan kami memenuhi piawaian yang ketat, sekaligus memberi jaminan kepada pelanggan kami.
“Sijil halal ini adalah pencapaian besar bagi kami dan menjadi satu langkah penting dalam memperkukuhkan lagi jenama Pak Gembus di Malaysia,” katanya kepada media di majlis meraikan Pensijilan Halal Ayam Gepuk Pak Gembus di sini, baru-baru ini.

Pak Gembus Terima Sijil Halal JAKIM

Foto: Mahumahu

Hadir sama, pengasas Ayam Gepuk Pak Gembus yang berasal dari Indonesia, Rido Nurul Adityawan dan Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Jamali Mohd Adnan.

Maklum Zulkarnain, setakat ini cawangan yang sudah menerima sijil halal adalah Saujana Utama 3, Puncak Alam, Setiawangsa, Putra Heights, Semenyih, Bandar Seri Putra, Kajang, Kampung Pandan, NeoCyber, Bandar Baru Nilai, Seremban 3 dan Bender Enstek.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Laksana Pelbagai Perubahan, Meta Rancang Buang 5% Pekerja Catat Prestasi Buruk

Bagaimanapun, Zulkarnain memberi jaminan bahawa para pelanggan tidak perlu risau bagi cawangan yang lain kerana bekalan makanan untuk semua cawangan adalah dari dapur pusat yang sudah diperakui halal.

“Matlamat kami adalah untuk sentiasa menyediakan makanan dan layanan yang terbaik kepada semua pelanggan dan dengan pencapaian pensijilan halal ini, kami dapat meyakinkan lebih ramai masyarakat dan komuniti untuk menikmati hidangan di Pak Gembus tanpa keraguan,” ujarnya.

Pak Gembus Terima Sijil Halal JAKIM

Foto: Utusan TV

Sementara itu, beliau berkata syarikat merancang untuk membuka 40 cawangan baharu tahun ni dan menyasarkan 250 cawangan menjelang 2027.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Untuk satu cawangan baru kami memperuntukkan modal kira-kira RM1 juta dan lokasi pula sekitar Semenanjung Malaysia,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Sri Ayu Kartika Amri)

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sekumpulan Parti Buruh Indonesia (KSPI) berhimpun di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sebagai protes berhubung kejadian tembak pada 24 Januari lalu di Selangor....

Lokal

Seorang anggota tentera, Prebet Muhammad hilang hampir seminggu selepas keluar untuk bergunting rambut pada Selasa lalu. Prebet Muhammad hilang Menurut laporan Kosmo! Online, bapa...

Lokal

Padah mengugut bunuh pelawak Harith Iskander dan keluarganya berhubung lawak isu ‘ham’, seorang lelaki akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini. Menurut laporan...

Nasional

Mulai esok, seramai 4.37 juta pekerja di negara ini akan menikmati kenaikan gaji minimum kepada RM1,700, berbanding RM1,500 sebelum ini. Memetik laporan Harian Metro,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd