Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Lelaki Mirip Harry Potter Jadi Perhatian Di India, Nikmati Makanan Tradisional Bhandara

Tular di media sosial video memaparkan seorang lelaki mirip Harry Potter, karakter dalam siri filem yang dilakonkan oleh aktor Daniel Radcliffe di bandar Prayagraj, negeri Uttar Pradesh.

Menerusi satu hantaran di Instagram, prayagrajtalktown telah memuat naik satu video memaparkan seorang lelaki yang telah menghadiri majlis keagamaan Mahakumb Mela.

Lelaki mirip Harry Potter jadi perhatian di India

Lelaki Mirip Harry Potter

Pada video tersebut, lelaki berkenaan sedang berdiri di sebelah sebuah gerai makanan dan sedang menikmati bhandara, hidangan tradisional pada majlis keagamaan tersebut.

Lelaki tersebut yang sedang menyandang kamera digital diliht sedang menikmati hidangan itu di atas sebuah daun yang dijadikan sebagai pinggan dan dia dipercayai sedang dirakam seorang jurukamera.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jurukamera itu kemudian memfokuskan kameranya ke muka lelaki tersebut sebelum rakan wartawannya menghulurkan mikrofon kepadanya untuk ditemu bual.

Lelaki tersebut yang kelihatan terkejut dengan perkara tersebut hanya tertawa kerana dia yang sedang menjilat pinggan daun tersebut telah dirakam.

Artikel lain: Wanita putus saudara dengan adik beradik, kecewa urus bapa sakit seorang diri

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang turut terhibur dengan perkara tersebut disamping turut bersetuju lelaki tersebut kelihatan mirip dengan Radcliffe.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dia sedang nikmati makanan kita

Harry Potter dan misteri Mahakumbh

Dia dalam perjalanan untuk hancurkan Horcrux

Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang meluahkan rasa kurang senang terhadap individu yang mengambil rakaman tersebut dan menyifatkannya sebagai menganggu privasi.

Tak bagi dia makan dengan tenang!

Biarkan dia makan!

Menerusi tinjauan, lelaki tersebut rupanya seorang jurugambar bebas yang dikenali sebagai Nicolo Brugnara untuk mengambil foto di majlis keagamaan tersebut.

Pada InstaStorynya, Nicolo berkongsi dia sangat popular di majlis keagamaan itu dan ramai yang mahu bergambar dengannya, namun begitu dia kurang bersetuju dengan dakwaan bahawa dia kelihatan sangat mirip dengan Radcliffe.

“Saya mungkin perlukan pengawal peribadi nanti. Tapi saya tak kelihatan sama dengan Radcliffe kan?” katanya.

Lelaki mirip Harry Potter kurang setuju dikatakan kembar

Lelaki Mirip Harry Potter

Bolehlah nampak kemiripannya…

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram prayagrajtalktown & nico.photographing

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd