Seramai 435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari Amerika Syarikat, yang mana ia termasuk dalam 1.44 juta bukan warganegara Amerika Syarikaat (AS) yang menerima arahan sama daripada Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam AS (ICE).
Memetik laporan Harian Metro, data Operasi Penguatkuasaan dan Penyingkiran (ERO) ICE yang dikeluarkan pada November lalu memaparkan, kira-kira 435 rakyat Malaysia kini berada dalam doket bukan tahanan ICE dengaan arahan penyingkiran muktamad.
435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari AS
Gambar hiasan
Susulan itu, data ini meletakkan Malaysia dalam kategori pertengahan antara negara yang terjejas akibat pengusiran itu.
Data ini kembali mendapat perhatian susulan kepulangan Donald Trump ke Rumah Putih bulan ini, berikutan usaha pentadbirannya memperketatkan penguatkuasaan imigresen.
Dalam pada itu, dokumen ICE menunjukkan bahawa walaupun bukan warganegara yang menerima arahan pengusiran akhir boleh mendapatkan perlindungan melalui suaka atau Konvensyen Menentang Penyeksaan, kerajaan AS tetap mengharapkan negara asal menerima kepulangan rakyat mereka.
Gambar hiasan
“Kekurangan kerjasama daripada kerajaan asing melambatkan dan dalam banyak kes, menghalang proses pengusiran,” menurut kenyataan ICE.
Artikel lain: Pesakit Maut, Pakar Bedah Digantung Tugas Selepas Tersilap Buang Organ
Agensi itu menggesa kerajaan asing untuk mengesahkan kewarganegaraan, mengeluarkan dokumen perjalanan dengan segera dan menerima penghantaran pulang rakyat mereka melalui penerbangan komersial atau sewaan khas.
435 warga Malaysia dilapor dalam senarai pengusiran dari AS selepas Trump kembali ke Rumah Putih
Kegagalan untuk mematuhi boleh menyebabkan sesebuah negara diklasifikasikan sebagai tidak bekerjasama atau berisiko tidak mematuhi.
Ketika ini, 15 negara termasuk China, India, dan Pakistan disenaraikan sebagai tidak bekerjasama, manakala 11 negara lain seperti Vietnam dan Iraq dianggap berisiko.
Sumber: Harian Metro (Jassmine Shadiqe)