Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PM Sampaikan Ucapan Takziah Kepada Mangsa Gempa Bumi Di Tibet

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada mangsa-mangsa gempa bumi yang melanda Wilayah Autonomi Xizang, China pada Selasa.

Takziah buat mangsa gempa bumi di Tibet

gempa bumi di Tibet

Foto: The Sun Daily

Menerusi satu hantaran di laman Facebook, beliau mengucapkan takziah kepada semua yang terjejas oleh gempa bumi yang dahsyat di Wilayah Autonomi Xizang China.

“Fikiran kami bersama mangsa, keluarga mereka, dan komuniti yang bergelut dengan kehilangan dan kemusnahan.
“Semoga mereka mendapat kekuatan, keberanian, dan sokongan yang diperlukan untuk bertahan dan pulih dalam masa yang sukar ini.
“Dalam kenyataan rasmi beliau, Perdana Menteri menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa, keluarga mereka, dan komuniti yang terkesan dengan tragedi tersebut,” tulisnya pada Selasa.

Artikel lain: METMalaysia Kesan Gempa Bumi Lemah Di Tawau

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut mendoakan agar mangsa dan keluarga diberi kekuatan, keberanian, dan sokongan yang diperlukan untuk menghadapi masa-masa sukar ini.

Malaysia menyatakan sokongan dan solidariti terhadap kerajaan serta rakyat China dalam menghadapi bencana alam ini.

“Malaysia berdiri dalam solidariti dengan kerajaan dan rakyat China ketika mereka bertindak balas terhadap bencana tragis ini.
“Fikiran kami juga dilanjutkan ke Nepal, di mana gegaran gempa bumi dirasai dengan kuat, kerana kedua-dua negara menghadapi cabaran membina semula dan penyembuhan selepas bencana ini,” ujarnya.

Terdahulu, sebuah gempa bumi berukuran 6.8 magnitud melanda kawasan terpencil di Tibet, China dan mengorbankan sekurang-kurangnya 95 orang manakala 130 tercedera.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat pengunjung maut selepas menghadiri konsert ‘Pinkfish’ di Bandar Sunway pada Selasa lalu sempena sambutan malam ambang tahun baharu dipercayai mengambil dadah jenis ekstasi....

Politik

Tular di media sosial mengenai sepucuk surat pengesahan titah adendum daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan supaya bekas...

Politik

Siapa sorok Titah Adendum? Demikian dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh terhadap kerajaan berhubung titah adendum daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16,...

Lokal

Seorang wanita berusia 36 tahun mendakwa diserang oleh lima individu di hadapan sebuah hotel di daerah Tawau pada Isnin lalu. Foto: Sinar Harian Menurut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd