Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PUSPAKOM: Enam Pegawai Digantung Tugas Terlibat Sindiket Luluskan Pemeriksaan Kenderaan Berat

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) mengesahkan enam pegawai pemeriksa kenderaan digantung tugas serta-merta dan telah ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan berat di sebuah cawangan.

Menurut laporan Malaysiakini, penahanan itu berikutan keterangan yang diberi oleh ejen yang disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Enam Pegawai Digantung Tugas Serta-Merta

Enam Pegawai Digantung Tugas

Foto: Puspakom

Ketua Pegawai Eksekutif Puspakom, Mahmood Razak Bahman memaklumkan bahawa enam kakitangan itu digantung tugas supaya siasatan SPRM dapat dijalankan dengan telus dan lancar serta tidak bertolak ansur terhadap sebarang salah laku khususnya membabitkan integriti operasi pemeriksaan kenderaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Seperti yang sudah berkali-kali saya tegaskan, Puspakom tidak akan berkompromi terhadap sebarang jenayah rasuah.
“Sekiranya terdapat bukti kesalahan, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana kakitangan yang terlibat dalam kegiatan seperti ini.
“Ia termasuklah mereka yang bersekongkol dengan sindiket dan menjalankan aktiviti meluluskan pemeriksaan kenderaan secara tidak sah,” katanya pada Selasa.

Enam Pegawai Digantung Tugas

Foto: Harian Metro

Bukan itu sahaja, Mahmood menyatakan PUSPAKOM juga sedang melancarkan siasatan dalaman dan memberi jaminan sesiapa yang mempunyai kaitan dengan jenayah akan diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya.

Artikel lain: Tiga Kakitangan Puspakom Disiasat, Kes Lepaskan Kenderaan Tidak Selamat

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan pihaknya menahan lapan individu termasuk enam pegawai pemeriksa kenderaan PUSPAKOM yang disyaki terbabit sindiket meluluskan pemeriksaan kenderaan yang dibongkar baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, kesemua dibebaskan dengan jaminan SPRM selepas kenyataan mereka dirakam, manakala dua lagi ‘courier’ yang dilantik oleh enam pegawai tersebut, direman selama lima hari bermula semalam ehingga Sabtu ini.

Sumber: Malaysiakini

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat pengunjung maut selepas menghadiri konsert ‘Pinkfish’ di Bandar Sunway pada Selasa lalu sempena sambutan malam ambang tahun baharu dipercayai mengambil dadah jenis ekstasi....

Politik

Tular di media sosial mengenai sepucuk surat pengesahan titah adendum daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan supaya bekas...

Politik

Siapa sorok Titah Adendum? Demikian dakwaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh terhadap kerajaan berhubung titah adendum daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16,...

Lokal

Seorang wanita berusia 36 tahun mendakwa diserang oleh lima individu di hadapan sebuah hotel di daerah Tawau pada Isnin lalu. Foto: Sinar Harian Menurut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd