Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

MAIWP Peruntuk RM1 Juta Kepada AKPK Bantu Golongan Terbeban Dengan Hutang

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu golongan yang terbeban dengan hutang.

MAIWP peruntuk RM1 juta kepada AKPK

Menerusi satu kenyataan, MAIWP berkata pihaknya telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama AKPK untuk membantu individu yang dibebani hutang khususnya golongan Al-Gharimin.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, beliau menekankan kepentingan melunaskan hutang dalam Islam dimana inisiatif MAIWP itu bertujuan untuk meringankan bebanan hutang golongan asnaf yang berdepan cabaran pengurusan kewangan.

“Ia termasuklah perkhidmatan pembiayaan dengan institusi kewangan seperti pembiayaan perumahan, kenderaan dan pinjaman pendidikan.
Namun begitu, ujarnya lagi, bagi hutang yang bukan di bawah perkhidmatan institusi kewangan, terdapat skim yang ditawarkan oleh MAIWP melalui permohonan Skim Bantuan Menyelesaikan Hutang kepada golongan asnaf,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis menandatangani MoU antara MAIWP dan AKPK di AICB Centre of Excellence (ACE), Kuala Lumpur hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Mudahkan Pelanggan Berurusan, Menara Baharu MAIWP Dirasmikan

Menerusi kerjasama tersebut, jumlah peruntukkan itu akan memberi perkhidmatan kepada asnaf menerusi Pendidikan Kewangan, Khidmat Nasihat Kewangan dan Program Pengurusan Kredit.

“Perkhidmatan yang ditawarkan ini dapat meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan asnaf dan mengawal hutang secara berkesan,” kata MAIWP.

Sementara itu, sehingga Julai lalu, MAIWP telah menyalurkan dana zakat lebih RM629 juta bagi menyantuni golongan asnaf yang memerlukan menerusi pelbagai tawaran program dan skim bantuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Avatar
Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd