Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Sambung Pengajian, Tunku Azizah Kini Bergelar Mahasiswa UIA

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj kini bergelar mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Menerusi satu hantaran di TikTok, baginda telah berkongsi beberapa foto memaparkan baginda sedang memegang kad pintar UIA yang tertera nama wajah dan nama baginda.

Tunku Azizah kini bergelar mahasiswa UIA

Pada masa yang sama, pada kad pintar UIA itu juga tertera nama institusi yang baginda bakal hadiri iaitu International Institute of Islamic Thought and Civilization.

Dalam pada itu, Tunku Azizah turut meluahkan rasa teruja kerana kembali ke sekolah disamping memohon doa daripada orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kembali ke sekolah! Doakan saya!” titah baginda pada ruangan kapsyen.

Menerusi foto-foto yang dimuat naik, kelihatan Tunku Azizah telah menghadiri Hari Konvokesyen International Islamic Universiti Malaysia (IIUM) yang telah berlangsung pada 16 November lalu.

Artikel lain: MINDEF Teliti Keperluan Beli Helikopter Baharu, Bukan Sewa

Menjengah ke ruangan komen, rata- rata warga maya mengambil peluang untuk meninggalkan komen-komen gurauan pada perkongsian Tunku Azizah.

Boleh tebus baucer buku

Tunku Azizah Kini Bergelar Mahasiswa UIA

Jangan jadi free rider Tuanku!

Tunku Azizah Kini Bergelar Mahasiswa UIA

Sementara itu, ada juga warganet yang meninggalkan komen mendoakan Tengku Ampuan Pahang dan berharap agar urusan baginda dipermudahkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ini baru betul!

Tunku Azizah Kini Bergelar Mahasiswa UIA

Selamat menjadi mahasiswa

Tunku Azizah Kini Bergelar Mahasiswa UIATuanku menjadi contoh kepada anak muda di luar

Tunku Azizah Kini Bergelar Mahasiswa UIA

Tunku Azizah contoh terbaik buat orang muda di negara kita, sambung belajar pada usia 64 tahun!

Sumber: TikTok cmspahang

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd